Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ant-Man and the Wasp: Quantumania dedahkan antagonis Kang the Conqueror, sinopsis cerita!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 12, 2022
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
Ant-Man and the Wasp: Quantumania dedahkan antagonis Kang the Conqueror, sinopsis cerita!
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai filem pertama untuk “MCU Phase 5”, Paul Rudd selaku Scott Lang / Ant-Man, Evangeline Lilly selaku Hope van Dyne / Wasp, dan Jonathan Majors sebagai Kang the Conqueror tiba di atas pentas di D23 Expo untuk mendedahkan maklumat lanjut tentang Ant-Man and the Wasp: Quantumania termasuk penjelasan lebih mendalam tentang jalan cerita. Jadi, apakah yang terjadi? Izinkan saya jelas.

Melalui trailer eksklusif yang hanya ada ditunjukkan ke penonton D23 Expo (melalui the collider), kita dapat melihat Scott Lang menikmati kehidupannya selepas kejadian di “Avengers: Endgame”. Tetapi ternyata anak perempuannya, Cassie mempunyai rahsia besar.

Sepanjang lima tahun seluruh keluarganya hilang kerana “peristiwa petik jari” oleh Thanos, Cassie rupanya sedang mengusahakan teknologi untuk mengakses alam kuantum berdasarkan nota kajian milik Hank Pym. Tetapi apabila dia mengaktifkan peranti yang dia cipta, mesin itu mencipta vortex yang menyedut Cassie, Hank, Scott, Hope dan Janet ke dalam alam kuantum.

Di sini, mereka bertemu dengan seseorang individu berbahaya iaitu, Kang the Conqueror, antagonis utama untuk fasa MCU seterusnya dan penjahat bagi filem “Avengers” akan datang. Bagi peminat Marvel, korang mungkin pernah nampak Kang dibunuh dalam musim pertama “LOKI,” tetapi itu adalah versi berbeza. Versi ini jauh lebih berbahaya dan memberitahu bahawa dia mengenali Scott, sambil berkata, “Saya pernah membunuh kamu sebelum ini.”

Sudah tentu, ayat ini akan mengelirukan Scott, tetapi peminat pasti faham bahawa Kang versi telah berkomunikasi dengan semua versi lain dirinya dalam multiverse (daripada cerita LOKI). Jadi, terdapat multiverse di mana Kang pernah membunuh Scott.

“Sesuatu telah dicuri daripada saya,” Kang memberitahu Ant-Man. “Dan anda adalah satu-satunya yang boleh mendapatkannya kembali.”

Dan apabila Ant-Man enggan membantu Kang walaupun Cassie ditahan, Kang mencengkam leher Scott dan menghempasnya ke dinding. Walaupun adegan itu pendek, dengan jelas kita dapat lihat Kang adalah musuh kuat yang Avengers perlu risau.

Ant-Man and the Wasp: Quantumania akan ditayangkan di pawagam pada 17 Februari 2023. Malangnya, tarikh keluaran di Malaysia masih belum disahkan lagi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Ant-ManAnt-Man and the Wasp: QuantumaniaKang the ConquerorMarvel
Previous Post

Game Captain America & Black Panther diumumkan, bakal berperang menentang Hydra!

Next Post

Trailer Secret Invasion Didedahkan, Perang Antara Nick Fury Dan Skrull Akan Bermula!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Trailer Secret Invasion Didedahkan, Perang Antara Nick Fury Dan Skrull Akan Bermula!

Trailer Secret Invasion Didedahkan, Perang Antara Nick Fury Dan Skrull Akan Bermula!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd