Nampaknya komuniti Dota 2 digegarkan dengan kemenangan pasukan RSG di Predator League 2022 Malaysia Finals sebentar tadi! Dengan perlawanan terakhir antara RSG vs Atlantis, saya ucapkan tahniah kepada pasukan RSG kerana berjaya membawa pulang wang tunai RM11,000 berserta Predator Gaming Chair!
Bagi perlawanan Grand Final, kejohanan ini menggunakan format Bo5. Jadi, perlawanan boleh menjadi sangat lama dan RSG berjaya mengalahkan juara Dota 2 Sukan Komanwel 2022, Atlantis dengan skor 3 berbalas 2. Nampaknya perlawanan begitu sengit sehingga bermain pada pusingan terakhir untuk membuktikan pasukan mana yang layak mendapat gelaran juara dalam kejohanan ini.

Seperti yang dinyatakan tadi, pemenang kedua iaitu Atlantis membawa pulang RM8000 berserta gaming headset Galea 350, tempat ketiga yang dimenangi MAG pula membawa pulang RM5000 berserta gaming mouse Cestus 310 dan tempat keempat membawa pulang RM4000 berserta Predator Reflective Bag.
Bagi pasukan lain juga tidak membawa pulang tangan kosong, ini adalah senarai ganjaran mereka;
- Tempat ke-5 & 8 – RM 1,750 + Predator Reflective T-Shirt dan Predator Cap (nama team)

Setelah berhempas pulas selama pemilihan dalam talian dan akhirnya ke acara akhir Malaysia ini, tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada RSG yang juga secara automatik akan ke peringkat seterusnya iaitu Asia Pacific Predator League 2022 Japan!
Anda berpuas hati dengan perlawanan yang menggemparkan ini? Jangan lupa untuk terus menyokong pasukan Malaysia di Asia Pacific Predator League 2022 Jepun yang bakal merebut prize pool sebesar USD 400,000 (anggaran RM1,799,200)! Jumpa tahun hadapan!

Semalam, pasukan ShuaiGeDui aka SGD memperoleh gelaran juara dan membawa pulang RM11,000 di kategori PUBG. Bersama juara, Team Setup yang berada di tempat kedua berjaya mewakili Malaysia untuk pusingan akhir Predator League 2022! Semoga berjaya disana nanti!
Untuk membaca segala liputan kami tentang produk Predator, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post