Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

God of War Ragnarok: Gameplay Kratos di dunia Svartalfheim didedahkan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 7, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Open World, PS5
0 0
0
God of War Ragnarok: Gameplay Kratos di dunia Svartalfheim didedahkan!
Share on FacebookShare on Twitter

God of War Ragnarok adalah salah satu game eksklusif PlayStation yang paling dinanti-nantikan pada tahun ini, jadi saya faham mengapa ramai peminat tidak sabar untuk mencuba game tersebut. Nasib baik lah, sebuah video gameplay baru telah dikeluarkan — yang mempamerkan dunia Svartalfheim dalam God of War Ragnarok.

Secara lebih khusus, Game Informer telah mengeluarkan video gameplay khas untuk God of War Ragnarok yang memfokuskan pada dunia Svartalfheim. Svartalfheim (juga dikenali sebagai Nidavellir) adalah tanah air untuk warga Dwarf dalam mitologi Norse dan merupakan salah satu daripada “Nine Realms” milik “World Tree, Yggdrasil”.

Walaupun kita dapat mengembara ke beberapa dunia dalam God of War 2018 tetapi Odin menghalang akses di beberapa dunia. Dalam Ragnarok, Kratos dan Atreus akhirnya menemui cara untuk menerokai kesemua sembilan dunia dalam game.

Video gameplay di atas menunjukkan Kratos dan Atreus belayar ke Svartalfheim dengan Mimir. Pemain mesti menggunakan kuasa elemen milik Kratos untuk menavigasi pelbagai runtuhan, mencipta laluan baharu dan menyelesaikan teka-teki unik.

Pertama sekali kita boleh nampak adalah Kratos menggunakan kapak Leviathan untuk membekukan geiser lalu mara ke laluan baru. Selain itu, Kratos juga boleh berinteraksi dengan objek unik menggunakan Blades of Chaos yang matlamatnya adalah sama: untuk membuka kawasan baru dan menyelesaikan teka teki.

Seperti game pertama, Atreus akan membantu Kratos semasa meneroka Svartalfheim di dalam dan di luar pertempuran. Sebagai contoh, Kratos boleh mengarahkan Atreus untuk berinteraksi dengan sejenis peranti yang sukar untuk capai.

“Lead level designer – James Riding” dan “level designer – Jon Hickenbottom” berkata bahawa pasukan Santa Monica mahu mengembangkan lagi gameplay dalam level God of War (2018) dengan “lebih banyak variasi dan verticality”. Oleh itu, Svartalfheim ialah dunia yang sangat besar dan penuh dengan kandungan untuk diterokai dalam God of War Ragnarok, khususnya berkaitan interaksi alam sekitar.

Korang tidak perlu tunggu lama lagi kerana God of War Ragnarok akan keluar pada 9 November untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5. Untuk membaca segala liputan kami tentang GoW, sila tekan pautan ini.

Dapatkan sekarang!
God of War: Ragnarok
Publisher: Sony Interactive Entertainment
Developer: Santa Monica Studio
Release Date: 2022-11-09
PlayStation 5
“Kratos dan Atreus mesti pergi ke setiap ‘Nine Realms’ untuk mencari jawapan semasa bersiap sedia untuk peperangan yang diramalkan akan menamatkan dunia. Bersama, Kratos dan Atreus harus meneroka jauh ke dalam Nine Realms untuk mencari jawapan ketika pasukan Asgardian bersedia untuk berperang. Sepanjang perjalanan, mereka akan meneroka landskap mitos yang menakjubkan, mengumpulkan sekutu dari seluruh alam dan menghadapi musuh menakutkan yang datang dalam bentuk dewa dan raksasa Norse. Apabila ancaman Ragnarok semakin hampir, Kratos dan Atreus mendapati diri mereka harus memilih antara keselamatan keluarga atau keselamatan alam…”
Tags: GameplayGod of War RagnarokKratosSvartalfheim
Previous Post

Sonic Frontiers dedahkan lagu penutup rasmi, nyanyian One Ok Rock

Next Post

Siapakah Jennifer Walters? Biodata ringkas tentang She-Hulk!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Siapakah Jennifer Walters? Biodata ringkas tentang She-Hulk!

Siapakah Jennifer Walters? Biodata ringkas tentang She-Hulk!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd