Semasa gamescom 2022 diadakan, Red Barrels mengumumkan game terbaru mereka dalam francais Outlast iaitu The Outlast Trials. Pengumuman itu disertakan dengan trailer baru yang mendedahkan tarikh ujian beta tertutup yang bakal diadakan pada 28 Oktober 2022.
Ini merupakan game yang ketiga dalam francais Outlast dan secara tidak langsung menjadi satu batu loncatan kerana ia dapat menawarkan multiplayer, membenarkan pemain mengajak rakan lain untuk membantu melawan Murkoff.

Berlatarkan era Perang Dingin, babi guinea manusia secara tidak sengaja direkrut oleh orang baik di Murkoff Corporation untuk menguji kaedah lanjutan mencuci otak dan kawalan minda. Dalam dunia ketidakpercayaan, ketakutan, dan keganasan, moral anda akan tercabar, ketahanan anda diuji, dan kewarasan anda dihancurkan. Semuanya atas nama kemajuan, sains, dan keuntungan.
Dengan latar belakang Cold War, ia merupakan game setting yang paling tua sekali dalam francais ini. Walaupun begitu, ia langsung tidak terikat dengan mana-mana game Outlast sebelum ini. Perkara ini dilakukan supaya perjalanan ceritanya boleh bergerak dengan bebas tanpa terikat dengan game yang lepas.

Kalau korang nak tahu, game ini adalah game first-person psychological horror survival yang dibangunkan oleh Red Barrels. Berikut adalah sinopsis daripada game pertama mereka Outlast:
Di pergunungan terpencil Colorado, kengerian menanti di dalam Mount Massive Asylum. Rumah yang telah lama ditinggalkan untuk pesakit mental, baru-baru ini dibuka semula oleh cawangan “penyelidikan dan amal” Perbadanan Murkoff transnasional, suaka itu telah beroperasi dalam kerahsiaan yang ketat… sehingga kini.
Bertindak atas petua daripada sumber tanpa nama, wartawan bebas Miles Upshur menceroboh kemudahan itu, dan apa yang dia temui adalah garis yang menakutkan antara sains dan agama, alam semula jadi dan sesuatu yang lain sepenuhnya. Setelah masuk, satu-satunya harapannya untuk melarikan diri terletak pada kebenaran yang mengerikan di tengah-tengah Gunung Massive.
Menurut Steam

Saya ingin mengingatkan anda bahawa The Outlast Trials akan membuka ujian beta tertutup pada 28 Oktober 2022 di PC. Malang sekali, game ini langsung tidak tersedia pada platform lain termasuk PlayStation dan Xbox. Setakat ini, mereka tidak mendedahkan maklumat lain berkenaan ujian beta tertutup ini selain tarikh. Jom kita sama-sama nantikan berita berkenaan perkara tersebut.
Untuk segala liputan kami tentang gamescom 2022, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post