Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Lies of P Dedahkan Gameplay Penuh Dan Akan Hadir ke Game Pass! [gamescom 22]

Maira by Maira
August 24, 2022
in Artikel, Berita, Game, PC, PC Game Pass, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
Lies of P Dedahkan Gameplay Penuh Dan Akan Hadir ke Game Pass! [gamescom 22]
Share on FacebookShare on Twitter

Kita sedia maklum dengan gameplay Lies of P yang telah ditunjukkan dalam teaser sebelum ini. Kali ini kita mendapat gambaran penuh gameplaynya semasa acara Gamescom 2022. Malah Lies of P juga akan hadir ke Game Pass. Jom kami ceritakan secara ringkas kepada anda.

Game action-RPG ini merupakan sebuah game yang diilhamkan daripada sebuah cerita klasik bertajuk Pinocchio. Dalam game ini, anda akan bermain sebagai Pinocchio dan menyelesaikan misteri dan menghalang ancaman yang berlaku di bandar Krat. Anda boleh menonton trailer terbarunya di bawah:

Bukan setakat itu sahaja, game ini juga disahkan hadir ke PC Game Pass, bermakna anda boleh bermainnya jika anda melanggan pas tersebut. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenainya di laman rasmi Xbox.

Berikut adalah ciri-ciri penting yang hadir dalam game Lies of P:

  • Penceritaan semula kisah dongeng yang gelap
    • Kisah Pinocchio telah diceritakan semula dengan visual yang gelap dan menarik. Terletak di bandar Krat yang musnah, Pinocchio berjuang untuk menjadi manusia dan melawan segala rintangan.
  • Konsep visual
    • Bandar Krat telah diilhamkan oleh Era Belle Epoque di Eropah (akhir Abad ke-19 hingga awal Abad ke-20) dan merupakan lambang bandar yang runtuh tanpa kemakmuran.
  • Quest “Lying” dan pelbagai penamat
    • Alami quest yang saling berkait yang bergantung pada cara anda berbohong. Pilihan ini kemudiannya akan mempengaruhi cara cerita itu berakhir.
  • Sistem menghasilkan senjata
    • Anda boleh menggabungkan senjata dalam pelbagai cara untuk mencipta sesuatu yang baharu. Cari kombinasi terbaik dan hasilkan sesuatu yang benar-benar istimewa.
  • Sistem Special Skill
    • Dengan Pinocchio sebagai anak patung, anda boleh menukar bahagian badannya untuk mendapatkan kemahiran baharu dan mendapat kelebihan dalam pertempuran. Tetapi tidak semua peningkatan adalah untuk pertempuran, mereka juga boleh menyediakan beberapa ciri unik dan berguna yang lain.

Lies of P akan hadir ke platform PS5, Xbox Series X|S dan PC melalui Game Pass dan Steam pada tahun 2023. Tarikh rasmi masih belum diumumkan, jadi kita tunggu sahaja pengumuman yang akan datang. Kalau anda ingin mendapatkan liputan lain tentang gamescom 2022 daripada kami, sila klik pautan ini.

Tags: GameplayLies of PXbox Game Pass
Previous Post

Sonic Frontiers rasmi akan keluar pada 8 November, info prapesan lengkap! [gamescom 22]

Next Post

[gamescom 22] The Outlast Trials umumkan ujian beta tertutup pada 28 Oktober 2022

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
[gamescom 22] The Outlast Trials umumkan ujian beta tertutup pada 28 Oktober 2022

[gamescom 22] The Outlast Trials umumkan ujian beta tertutup pada 28 Oktober 2022

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd