Dengan dunia yang semakin maju, korang sudah boleh dapatkan phone berkualiti pada harga yang murah. Manakala untuk PC pula kena keluarkan bajet yang lebih untuk mendapatkannya. Lagi-lagi dengan phone telah menjadi sebagai peranti utama, sudah pasti game mobile akan berkembang dan perkara ini juga terjadi kepada semua platform termasuk PC dan konsol di Malaysia.
Jika buka Google Play atau App Store sekarang, banyak game baru yang telah dikeluarkan oleh pelbagai developer game. Kalau nak dibandingkan dengan zaman phone yang baru naik, memang tidak banyak game yang seronok dimainkan dalam jangka masa yang panjang. Hampir kesemuanya main dengan sekejap.

Berlainan pula dengan keadaan hari ini, sudah banyak game yang boleh dimainkan dengan sekejap tapi bertahan dengan lebih lama seperti Mobile Legends, PUBG Mobile, Wild Rift dan macam-macam lagi. Game-game yang ada pada hari ini, boleh dikatakan berjaya kerana mereka telah banyak menganjurkan pelbagai kejohanan daripada peringkat bawah sehingga ke antarabangsa.

Baru-baru ini, terdapat satu perdebatan di media sosial kami berkenaan kejohanan esport mobile dan PC. Ada seseorang telah mengatakan “Pasukan PUBG Mobile dan Mobile Legend patut malu dengan pencapaian mereka. Pasukan eFootball lelaki dan DOTA 2 lelaki dan perempuan yang baru menyertai Kejohanan Esport Komanwel buat kali pertama, balik terus bawa pingat emas.”
Disambungnya lagi dengan mengatakan “Sementara dalam Sukan SEA, pasukan Malaysia telah menyertai acara ini sudah dua tahun berturut-turut dan masih tidak mempunyai pingat emas.” Dengan komen hangat seperti ini, sudah pasti ada yang boleh menerima dan tidak menerimanya.

Berikut adalah antara komen yang tidak menerima kenyataan tersebut:
Sembang banyak tidak guna. Kalau rasa diri itu hebat, cuba wakil Malaysia
Kenapa PUBG nak dimalukan? PUBG pun baru pertama kali ada dalam Sukan SEA Vietnam. Sebelum ini, PUBG tiada dalam Sukan SEA. Dapat pingat gangsa pun okay lah.
Ada juga yang mengatakan platform mobile dan PC adalah berbeza. Di Eropah, ramai PC Gaming.

Walau bagaimanapun, kenyataan yang diberikan ada betulnya juga kerana ini merupakan Sukan Komanwel yang pertama mengadakan Kejohanan Esport dan pasukan negara telah membawa pulang tiga pingat emas sekali gus menduduki di tempat pertama di carta.
Kalau korang nak tahu, Kejohanan Esport Komanwel hanya sekadar demo sahaja dan tidak termasuk kepada pungutan pingat utama seperti sukan-sukan lain. Dalam kesempatan ini, kami ingin mengucapkan Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana telah mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

Apa pula pendapat korang tentang isu Esport mobile dengan PC di Malaysia? Jom, kita dengar pendapat korang di ruangan komen pula. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi.
@gamersantaimy
Discussion about this post