Seorang hardcore gamer dari Texas menempah nama ke dalam Guinness World Record kerana dia mempunyai koleksi permainan video yang begitu banyak di setiap sudut biliknya! Lelaki bernama Antonio Monteiro itu telah mengumpul sebanyak 20,139 games yang disimpan di dalam rumahnya di Richmond, Texas. Di dalam biliknya, game tersebut dibahagikan mengikut kategori masing-masing, dari PlayStation sehinggalah game retro seperti Dreamcast dan Atari. Oleh sebab bilangan permainannya yang terlalu banyak, ia mengambil masa selama 8 hari untuk dia mengira berapa banyak koleksi yang benar-benar ada,
Antonio berkata yang dia sudah pun bermain setiap game yang dimilikinya, namun daripada 20,139 games itu, permainan kegemarannya ialah Castlevania IV yang dianggap sebagai “masterpiece”. Penggemar games tegar itu bukan sahaja mempunyai tajuk-tajuk game yang kita biasa dengar, malah game yang super-rare seperti Max Basic Rifle Marksmanship Program yang hanya dikeluarkan Nintendo khas kepada askar US untuk tujuan latihan menembak serta game keluaran Jepun iaiatu CJ The Elephant dari SEGA.

Tidak ada gamer lain yang mampu mengatasinya kerana dia mempunyai koleksi lengkap game Sega Genesis dan juga koleksi game Sega Dreamcast! Tambahan lagi, “Hotel Mario” dan “Zelda’s Adventure” adalah dua game yang dibuat khas untuk games Phillips CD-i yang bermaksud ianya sangatlah unik.

Tetapi apa gunanya memiliki kesemua permainan ini jika dia tidak dapat memainkannya? Jangan bimbang: Antonio mempunyai lebih daripada 100 konsol permainan supaya dia boleh memainkan apa-apa dalam koleksinya. Seperti di dalam gambar di atas, dia ada beberapa versi konsol yang sama sebaga persediaan sekiranya salah satu daripada tiba-tiba tidak berfungsi. Penulis sendiri tidak mempunyai masa yang cukup untuk bermain, inikan pula untuk memilih satu game daripada lebih dua puluh ribu itu untuk bermain! Apa pendapat korang? Adakah ini syurga para gamers yang korang impikan?
Sumber: Guinness World Records Youtube
@gamersantaimy
Discussion about this post