Star Wars Jedi: Fallen Order™ yang diterbitkan oleh Respawn Entertaiment adalah sebuah permainan aksi yang mengisahkan kisah asal Padawan Star Wars yang masih hidup selepas peristiwa Star Wars™: Episode III – Revenge of the Sith™.
Star Wars Jedi: Fallen Order™ dijangkakan akan hadir di pasaran pada tahun 2019 ini . Pihak Electronic Arts (EA) dan Respawn Entertainment sepatutnya mendedahkan gambaran ringkas mengenai permainan Star Wars Jedi: Fallen Order™ pada hujung minggu ini.Belum sempat mendedahkan gambaran ringkas tersebut, pelbagai ‘rumors’ telah dihebahkan oleh pelbagai pihak.
Don't stand out. #StarWarsJediFallenOrder pic.twitter.com/dQ8bg4bqyf
— EA Star Wars (@EAStarWars) April 9, 2019
Kali ini ada beberapa perkongsian mengenai pendedahan rumor Star Wars Jedi: Fallen Order™. Antaranya pihak Amazon secara tidak sengaja mengeluarkan poster dan baju-T Star Wars Jedi: Fallen Order™ yang tidak pernah dilihat sebelum ini.
Cantik kan? Tetapi telah pun dipadam semula oleh pihak Amazon. Sedih kan tak sempat beli.
Selain itu, ada seorang pembocor maklumat telah berkongsi di Reddit mengenai projek Star Wars Jedi: Fallen Order™ ini. Tetapi ini hanyalah maklumat, tidak semestinya sahih lagi ye.
Yang pertama diberitahunya, kisah permainan ini akan menjadi kanon serta mempunyai ‘backpack companion droid’. Pelbagai spekulasi telah hadir untuk ‘gameplay‘ Star Wars Jedi: Fallen Order™ ini, ada yang membandingkan dengan Dark Souls dengan penekanan pada parrying seperti Sekiro: Shadows Die Twice. Sebaliknya, pihak Respawn Entertainment telah memberi sepenuh masa dan usaha untuk memastikan pemain merasa seperti Jedi yang sebenar dan turut menambah perincian seperti belari di dinding dan parkour.
Dikatakan juga bahawa kisah Star Wars Jedi: Fallen Order™ ini memerlukan pemain untuk bergerak dari planet ke planet yang lain di dalam fesyen semi-terbuka dunia. Setiap kali pemain masuk ke kawasan/planet yang baru, pemain perlu menerokanya untuk meneruskan naratif. Setiap planet juga akan mempunyai cara baru untuk meningkatkan ‘upgrade’ item.
Walaupun beberapa bakat baru akan hadir Star Wars Jedi: Fallen Order™ , nampaknya ia masih menyerupai Rogue One dan Solo. Turut menyatakan permainan ini untuk pemain tunggal ‘Solo Player’, gameplay berkemungkinan lebih dari 5 jam dan dibina dalam Unreal Engine 4. Eh? Unreal Engine 4 ? Curiga juga ni, kenapa bukan ‘Frostbite‘?
Star Wars Jedi: Fallen Order™ tetap akan meneruskan tradisi siri Star Wars, tambahan juga pemain dapat berinteraksi dengan lokasi dan watak-watak yang dikenali di dalam permainan ini. Serta tiada penciptaan watak bagi permainan ini, sebaliknya pemain haruslah menjadi watak lelaki yang telah disediakan.
Disini juga dikongsikan beberapa kebocoran maklumat daripada pihak tersebut;
Supposed Leaks about Jedi Fallen Order from a supposed dev
byu/SchrodingersWitcher inStarWarsLeaks
Secara amnya, Star Wars Jedi: Fallen Order™ ini dijadikan antara gabungan Jed Knight, Force Unleashed, dan Uncharted seperti permainan yang dibuat oleh Visceral Game sebelum ia ditutup.
Untuk terakhir kali janganlah percaya bulat-bulat kebocoran rahsia ni. Kita tunggu dan lihat sahaja apa yang akan diberitahu oleh pihak Respawn Entertaiment pada hujung minggu ni ok!
Sumber: GamesRadar ; ComicBook; CBR
@gamersantaimy
Discussion about this post