Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acer Malaysia umum tambahan TravelMate Vero, Veriton Vero Mini & Veriton AIO – Harga bermula RM3299

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 3, 2022
in Artikel, Berita, Desktop, Komputer, Laptop, Teknologi, Tempatan
0 0
0
Acer Malaysia umum tambahan TravelMate Vero, Veriton Vero Mini & Veriton AIO – Harga bermula RM3299
Share on FacebookShare on Twitter

Bersempena dengan Acer Day 2022 yang bertemakan ‘‘Make Your GreenMark’, Acer Malaysia hari ini memperkenalkan varian komersial kepada siri peranti Vero. Peralatan-peralatan Acer Vero itu termasuklah laptop TravelMate Vero, desktop mini Veriton Vero dan computer desktop Veriton AIO.

Berikut adalah huraian:

Acer TravelMate Vero

Acer TravelMate Vero menawarkan tambahan pilihan kepada organisasi dan perniagaan yang mencarilaptop komersial mesra alam. Mengekalkan intipati Vero, chasis TravelMate Vero menampilkan 30% plastik post-consumer recycled (PCR) dihantar dalam pempakejan yang boleh dikitar semula 100%.

Dari segi reka bentuk, ia bersih dan mudah untuk penyelenggaraan atau naik taraf. Tanpa mengurangkan aspek ketahanan, ia juga direka mengikut piawaian MIL-STD-810G untuk menampung penggunaan tinggi dan hentaman akibat terjatuh. 

Acer TravelMate Vero dikuasaki oleh Intel Core i5 dan Intel Iris Xe, mempunyai prestasi untuk menyokong penggunaan pejabat dan kerja harian di pejabat manakala RAM 8GB dan storan PCIe NVMe SSD 1TB untuk kelajuan memuatkan fail dengan pantas.

Ketenangan hati tentang keselamatan data didayakan oleh“Trusted Platform Module’ (TPM) yang berdikari menyediakan keselamatan dan kebolehurusan peringkat perusahaan untuk melindungi data perniagaan sulit. Acer TravelMate Vero juga hadir dengan Acer ProShield Plus, solusi keselamatan all-in-one, sebagai tambahan kepada langkah pengesahan biometrik.

Tersedia di Acer eStore, kedai rasmi Acer di Shopee dan Lazada, Acer TravelMate Vero berharga RM3,999.

Pelanggan yang membeli TravelMate Vero baharu sebelum 30 September 2022 layak menebus TetikusWayarles USB Acer yang nipis dan ringan, Backpack Urban serta kredit Touch n’ Go eWallet bernilai RM120,manakala diskaun RM200 tambahan akan diberikan jika pembelian dibuat  semasa roadshow Hari Acer2022.

Acer Veriton Vero Mini

Acer Veriton Vero Mini dibungkus dalam faktor bentuk satu liter! Memuatkan prestasi bertaraf komersial dalam saiz yang kompak dan boleh diubahsuai, Acer Veriton VeroMini terdiri daripada 25% plastik PCR pada bahagian chasis dan dihantar dengan kotak yang boleh dikitarsemula.

Dikuasakan oleh pemproses generasi ke-12 Intel Core i5, Acer Veriton Vero Mini dilengkapkand engan RAM 8GB dan SSD M 2 256GB. Slot tambahan M.2 dan DDR4, membolehkan pengguna menaiktaraf PC mengikut keperluan storan dan memori masing-masing.

Menariknya, pengguna dan juruteknik boleh mengakses dan mengkonfigurasi fungsi dengan mudah melalui papan kekunci atau peranti penunjuk, seperti tetikus terima kasih kepada BIOS antara muka pengguna grafik unik Acer Veriton Vero Mini. Acer System Health Indicator menyediakan dashboard yang mudah untuk melihat status setiap komponen dan sekiranya abnormaliti dikesan, lampu indikator akan menyala pada butang kuasa

Saiz mini dan berat ringan 1.3kg ditambah dengan reka bentuk, Acer Veriton Vero Mini didatangkandengan rekaan VESA Mountable yang membolehkan pengguna mencari tempat letak ideal bagimengekalkan meja yang bersih dan kemas. 

Acer Veriton Vero Mini dijual pada harga RM3,299.

Acer Veriton Vero All-In-One (AIO)

Desktop AIO Veriton Vero dibina untuk perniagaan mesra alam yang mencari komputer kemas, elegan dan jimat ruang. Veriton Vero AIO terdiri daripada 30% bahan PCR dan hadir dengan papan kekunci dan tetikus yang juga dibuat daripada bahan PCR.

Dihantar dengan pembungkusanyang boleh dikitar semula, Veriton Vero AIO didatangkan dengan penutup belakang tanpa skru yang mudah dialihkan untuk naik taraf dan penyelenggaraan bagi menambahkan jangka hayat. 

Dikuasakan dengan pemproses generasi ke-12 Intel Core i5, Acer Veriton Vero AIO hadir dengan paparan IPS FHD 24-inci yang menyokong sudut tontonan lebar. Menggabungkan RAM 8GB dan SSD M.2 512GB untuk pengalaman komputer yang lancar, produk itu juga hadir dengan slot DDR4 dan M.2 tambahan untuk menaiktaraf memori dan storan.

Veriton Vero AIO dilengkapkan dengan pengimbas Inframerah (IR) untuk pengecaman muka dan teknologi pintar bersepadu Tobii Aware yang akan dikaburkan secara automatik apabila pengguna beralih tempat, serta mengunci skrin selepas itu.

‘Peeker detection’ bertindak mengikut klu visual bagi mengingatkan pengguna sekiranya ada seseorang yang melihat daripada belakang skrin, yang mana ia akan menawarkankaburan skin privasi secara automatik atau mengikut reaksi, bagi meningkatkan aspek privasi

Acer Veriton Vero AIO dijual pada harga RM4,599.

Jangan lupa untuk sertai acara Acer Day 2022 untuk dapatkan produk terkini pada harga murah. Maklumat lanjut tentang Acer Day boleh dibaca di sini!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: acer malaysiadesktopLaptopTravelMate VeroVeriton AIOVeriton Vero Mini
Previous Post

Filem Batgirl Bernilai $90 Juta Dibatalkan, Tidak Akan Ditayangkan Di Pawagam dan HBO Max!

Next Post

Acer Swift 5 dan Laptop Aspire Baru Dilancarkan, Harga Bermula RM 2499!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Acer Swift 5 dan Laptop Aspire Baru Dilancarkan, Harga Bermula RM 2499!

Acer Swift 5 dan Laptop Aspire Baru Dilancarkan, Harga Bermula RM 2499!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd