Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Fullmetal Alchemist Mobile akan tiba pada 4 Ogos 2022, malangnya di Jepun saja

safwan by safwan
August 1, 2022
in Android, Anime, Artikel, Berita, Game Baru, iOS, Manga, Mobile, RPG
0 0
0
Fullmetal Alchemist Mobile akan tiba pada 4 Ogos 2022, malangnya di Jepun saja
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas menerima 1 juta pemain yang mendaftarkan diri untuk Fullmetal Alchemist Mobile, Square Enix mengumumkan yang ia akan dilancarkan pada 4 Ogos 2022 di Jepun. Malang sekali, mereka tidak mengumumkan sebarang berita mengenai pelancaran seluruh dunia termasuk Malaysia. Fullmetal Alchemist boleh didapatkan melalui Google Play dan App Store.

Dengan pencapaian ini, mereka akan memberikan ganjaran khas kepada pemain yang membuat pra-daftar iaitu “SSR Selectable Memory Refinement Mark” yang membolehkan pemain memilih salah satu memori SSR tertentu. Bukan itu sahaja, pemain turut menerima unit SR “Winry”, 2720 diamond dan 3 “summoning coin.” Dengan ganjaran ini, pemain boleh lakukan sebanyak 20 gacha sekali gus.

Untuk anda yang tidak tahu mengenai game ini, ia merupakan adaptasi daripada siri manga popular, “Fullmetal Alchemist” yang dihasilkan oleh Hiromu Arakawa. Siri itu juga telah mendapat adaptasi lain seperti anime, filem dan juga filem live action. Berikut adalah sinopsis Fullmetal Alchemist:

Ahli alkimia adalah individu yang berpengetahuan dan berbakat secara semula jadi yang boleh memanipulasi dan mengubah suai bahan. Namun di sebalik pelbagai kemungkinan, alkimia tidak begitu berkuasa seperti yang dipercayai ramai orang. Transmutasi manusia adalah dilarang sama sekali, dan sesiapa yang mencubanya akan menghadapi akibat yang teruk.

Walaupun begitu, adik-beradik Edward dan Alphonse Elric memutuskan untuk mengabaikan pantang larang ini dan menghidupkan semula ibu mereka. Malangnya, bukan sahaja mereka gagal menghidupkannya, mereka juga membayar harga yang sangat tinggi kerana keangkuhan mereka: Edward kehilangan kaki kirinya dan Alphonse seluruh badannya. Tambahan pula, Edward juga menyerahkan lengan kanannya untuk perangkap jiwa adiknya ke dalam perisai besi.

Bertahun-tahun kemudian, ahli alkimia muda ini mengembara ke seluruh negara mencari Philosopher’s Stone, dengan harapan dapat memulihkan badan lama mereka dengan kuasanya. Bagaimanapun, pencarian mereka untuk batu itu juga membawa mereka untuk membongkar rahsia yang jauh lebih gelap daripada apa yang mereka bayangkan.

– MyAnimeList

Saya ingin mengingatkan sekali lagi bahawa Fullmetal Alchemist Mobile hanya terdapat untuk Google Play Store dan App Store di Jepun sahaja, Malang sekali, Malaysia dan negara-negara lain tidak mendapat sebarang berita tentang pelancaran game ini. Harapnya, Square Enix terbuka hati untuk mengeluarkan versi global game ini.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik lain berkenaan game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: Fullmetal Alchemist MobileJepun
Previous Post

‘Crayon Shinchan the Movie: The Tornado Legend of Ninja Mononoke’ akan keluar pada 22 September 2022 di Malaysia

Next Post

Game baru Tomb Raider dipanggil “Project Jawbreaker”, beberapa bahagian skrip didedahkan!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Game baru Tomb Raider dipanggil “Project Jawbreaker”, beberapa bahagian skrip didedahkan!

Game baru Tomb Raider dipanggil "Project Jawbreaker", beberapa bahagian skrip didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd