Hari ini, PlayStation telah melancarkan trailer baru bagi Spider-Man Remastered di PC. Trailer ini dikeluarkan untuk memberi gambaran kepada pemain PC yang mereka telah menambah baik dengan memberikan ciri-ciri penting dan spec terbaru untuk Spider-Man Remastered.

Kebanyakkan ciri-ciri penting itu terletak pada bahagian visual. Dengan setup PC yang pelbagai, mereka telah memberikan tetapan sebaik mungkin untuk mencapai kepuasan bagi setiap pemain. Oleh itu, mereka memberikan ciri-ciri penting khas untuk pemain PC. Berikut adalah ciri-cirinya:
- “Ray-traced reflection” tersedia mengikut kesesuaian hardware setiap PC. Pantulan ini mempunyai tahap kualiti yang berbeza-beza.
- NVIDIA DLSS meningkatkan prestasi grafik menggunakan pemproses AI Tensor Core yang hanya terdapat pada GeForce RTX.
- NVIDIA DLAA ialah mod anti-aliasing berasaskan AI untuk pemain GeForce RTX yang inginkan tahap kualiti grafik yang lebih tinggi.
- Wide Range Display Ratio menyediakan ultrawide 21:9, penoramik 32:9 dan pelbagai monitor NVIDIA Surround.
- Sistem render yang boleh diubah suai bersama beberapa kualiti tambahan dan pilihan algorithmic. Tetapan yang disediakan adalah SSAO, texture filtering, kualiti LoD, shadow dan banyak lagi.

Bukan setakat itu sahaja, Spider-Man Remastered juga boleh menyokong PlayStation DualSense di mana pemain PC akan mendapat pengalaman “adaptive trigger feedback” dan “haptic respons” yang cukup baik semasa bertarung dengan villain Marvel yang ikonik.
Selain itu, mereka juga menyediakan banyak tetapan untuk pemain PC yang menggunakan mouse dan keyboard. Tambah pula dengan sokongan Steam Input, sudah pasti anda boleh “remapping” untuk setiap “input.” Spider-Man Remastered juga menyokong sistem “Achievement” dan “cloud save” pada Steam dan Epic Games Store.

Dengan terdapat pelbagai pilihan tetapan dan ciri-ciri penting pada bahagian grafik, sudah pasti diantara anda akan mempunyai soalan mengenai spesifikasi untuk bermain game ini dengan lancar kan. Berikut adalah spesifikasi penuh daripada minimum sehingga ultimate ray tracing.

Dengan pelancaran Spider-Man Remastered semakin dekat, Sony telah menyediakan item pack yang boleh didapatkan jika pemain membeli sebelum tarikh pelancaran. Berikut adalah itemnya:
- Spider-Man suit
- Tech-heavy Iron Spider Suit
- One-of-a-kind Spider-Punk Suit
- Original Velocity Suit
- Spider-Drone gadget
- 5 extra skill point

Dibangunkan oleh Insomniac Games dengan kerjasama Marvel, Spider-Man Remastered memperkenalkan anda kepada Peter Parker berpengalaman yang memerangi jenayah besar dan penjahat ikonik di Marvel’s New York. Pada masa yang sama, dia bergelut untuk mengimbangi kehidupan peribadinya serta kerjaya yang kacau-bilau manakala nasib New York terletak pada bahunya.
Spider-Man Remastered PC akan dilancarkan pada 12 Ogos 2022 untuk Steam dan Epic Games Store. Ia bukan sahaja datang dengan main story tetapi bersama DLC “Marvel’s Spider-Man: The City That Never Sleeps”. Jadi, anda boleh merasai penuh aksi bersama wira Marvel ini.
Dengan ciri-ciri penting khas & spec untuk PC telah dikeluarkan, mesti ramai pemain PC tidak sabar untuk bermain Spider-Man Remastered. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh pergi ke PlayStation Blog. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik tentang Spider-Man daripada kami.

@gamersantaimy
Discussion about this post