Dulu kalau balik sekolah, mesti ramai yang terus cari tv untuk tengok kartun kegemaran kan? Tetapi sekarang di TV sudah kurang kartun atau anime yang ditayangkan. Teringat pula animasi malaysia dulu-dulu yang menjadi hiburan semasa kanak-kanak. Paling saya gemari dahulu ialah Anak-anak Sidek. Terus bersemangat main badminton petang-petang. Kali ini jom kita ingati semula animasi-animasi Malaysia yang popular yang ditayangkan semasa zaman kanak-kanak!
Usop Sontorian
Usop Sontorian mengisahkan kehidupan kampung Usop dan kawan-kawannya iaitu Abu, Dol, Ah Kim, Vellu dan Singh. Usop merupakan anak bongsu dalam keluarganya. Dia mempunyai seorang kakak, Kak Kiah dan seorang abang, Abang Budin. Kisah ini berlaku di Kampung Parit Sonto yang berdekatan dengan Ayer Hitam, Johor.
Keluang Man

Keluang Man mengisahkan seorang pemuda bernama Borhan yang tinggal di Hospital Bahagia Tumpoi dan sebenarnya adalah seorang pembela manusia sejagat iaitu Keluang Man. Pembantunya, Tiong Man sering membantunya menumpaskan musuh negara kerana pihak polis kawasan Tampoi yang diketuai Inspektor Sahab seringkali terlambat sampai ke tempat kejadian. Pada masa yang sama, seorang wartawan akhbar Metropolitan Tampoi bernama Khaty Ismail sering cuba menjejaki identiti mereka berdua.
Selepas ini, akan ada versi live action pula. Siapalah yang akan jadi Borhan kita agaknya?
Anak-anak Sidek

Badminton merupakan sukan no 1 negara. Animasi ini mengisahkan adik-beradik Sidek semasa mereka kecil di sebuah kampung bernama Kanchong Darat di Banting, Selangor. Kita dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang pemain badminton legenda negara serta beberapa perkara yang tidak pernah diketahui ramai.
Kampung Boy

Kalau buka Astro Ceria, berkemungkinan besar kita boleh menonton Kampung Boy. Ia merupakan kisah seorang kanak-kanak bernama Mat dengan kehidupannya di kampung bersama-sama kawannya, Bo dan Tak.
Kacang

Antara animasi 3D yang terkenal di Malaysia memaparkan watak-watak daripada keluarga kacang. Bunyi macam biasa sahaja, tetapi animasi inilah yang memberikan banyak nasihat berguna dalam setiap episodnya.
Bola Kampung

Selain badminton, sudah tentu bola sepak juga antara sukan yang terkenal di negara. Bola Kampung membawa kita melihat sekumpulan kanak-kanak yang suka pada bola sepak. Itupun mereka main keran minat semata-mata. Kita akan melihat Iwan, watak utama menempuhi pelbagai cabaran sepanjang bermain sukan ini. Tetapi dia tidak berseorangan, Iwan ditemani oleh kawan-kawannya yang turut bertarung untuk mencapai impian masing-masing.
Animasi mana yang anda suka daripada senarai di atas? Kalau ada siri lain yang anda minati, boleh kongsikan di ruang komen. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai animasi daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post