Semasa Anime Expo tempoh hari, Tsuburaya Productions dan Marvel Comic telah mengumumkan kolaborasi bersama untuk menghasilkan komik mini siri yang akan menampilkan hero Marvel masuk ke dunia Ultraman. Komik ini akan dilancarkan pada 2023 dan masih tiada tarikh rasmi bagi pengeluarannya.

Dalam kolaborasi ini, mereka akan menampilkan Giants of Light, Ultraman, Ultraseven dan Kaiju bersama-sama dengan Spider-Man, Iron Man, Captain Marvel dan juga musuh ketat daripada siri tersebut.
Ia akan menyambung komik Marvel Ultraman semasa yang menampilkan Ultraman dan hero Marvel. Buat masa sekarang tiada kaiju atau penjahat diumumkan tetapi gambar yang ditampilkan semasa Anime Expo 2022 menunjukkan Kaiju berduri klasik iaitu Bemular.
Plot komik kali ini akan dibangunkan oleh Kyle Higgins (Batman: Gates of Gotham dan Power Rangers) dan Mat Groom (Self/Made dan The Rise of Ultraman). Maklumat terperinci berkenaan plot akan diumumkan pada masa akan datang.
Ini bukanlah kolaborasi pertama mereka. Sebelum ini, mereka juga pernah melakukan kolaborasi bersama dengan mengeluarkan beberapa komik bersiri iaitu The Rise of Ultraman, The Trials of Ultraman dan yang paling terbaru adalah The Mystery of Ultraseven yang akan mula keluar pada Mei 2023.
Dicipta oleh Eiji Tsuburaya pada 1966, Ultraman telah menjadi salah satu watak yang paling popular bukan sahaja di Jepun tetapi di seluruh dunia. Sehingga kini, mereka telah mengeluarkan lebih daripada 1400 episod dan berpuluh-puluh filem.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa komik mini siri bersama antara Ultraman dan Marvel Super Hero adalah kolaborasi pertama yang akan menampilkan Spider-Man, Iron Man dan Captain Marvel buat kali pertama dan akan dikeluarkan pada 2023. Masih banyak yang belum didedahkan termasuk jalan penceritaan dan tarikh rasmi pengeluaran komik ini.
Apa pendapat anda berkenaan kolaborasi Ultraman bersama Marvel Super Hero kali ini? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai Ultraman, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post