Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Figura baru Transformers versi Bishoujo! Reka bentuk Optimus Prime didedahkan!

Maira by Maira
July 1, 2022
in Artikel, Berita, Figura/barang koleksi, Produk
0 0
0
Figura baru Transformers versi Bishoujo! Reka bentuk Optimus Prime didedahkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Selalu kalau Transformers keluarkan mainan atau figura baru, mesti dalam bentuk robot kan? Tetapi kali ini berbeza pula sebab Kotobukiya telah umumkan figura Transformers Optimus Prime baru dalam versi Bishoujo! Memang lain daripada yang lain! Ia dirancang untuk keluar pada Januari 2023 dengan harga $149.99 (anggaran RM 662). Jom kita lihat lebih lanjut mengenai figura Transformers Optimus Prime Bishoujo ini!

Melalui trailer yang dimuat naik di saluran Youtube Kotobukiya, kita dapat lihat figura wanita yang memakai pakaian berdasarkan reka bentuk Optimus Prime. Bukan setakat itu sahaja, dia juga mempunyai topeng muka yang boleh dipakaikan! Ia juga didatangkan dengan tapak Autobot yang diwarnakan dengan cat metallic.

Figura ini dihasilkan dengan bahan ABS dan PVC, sama seperti kebanyakan figura yang ada dalam pasaran. Ia juga datang dengan saiz 23.5 cm. Boleh tahan tinggi juga. Anda boleh menonton video trailer tersebut di bawah.

https://youtu.be/em5jltuUwgk

Selain Optimus Prime, watak Transformer lain seperti Megatron dan Bumblebee juga akan mendapat figura mereka tersendiri. Reka bentuk untuk Megatron telah pun didedahkan dalam trailer tersebut manakala Bumblebee pula akan didedahkan kemudian. Nampaknya Bumblebee Bishoujo kita kelihatan seperti memakai hoodie. Kita nantikan pendedahan lanjut reka bentuknya nanti oleh Kotobukiya.

【NEW PRODUCT REVEAL】
BUMBLEBEE is joining Kotobukiya’s Transformers BISHOUJO lineup! Roll Out! #Transformers #ShunyaYamashita #Kotobukiya #BISHOUJO pic.twitter.com/wH2xUEsagt

— Kotobukiya Official (@Kotobukiya_EN) June 30, 2022

Kalau anda ingin tahu, barisan figura Transformers Bishoujo ini merupakan hasil kolaborasi antara Hasbro, Takara Tomy dan Kotobukiya. Ianya direka oleh Shunya Yamashita yang menggabungkan gaya bishoujo dengan francais robot terkenal, Transformers.

Amacam geng Transformers? Cantik juga figura ini untuk dibuat sebagai koleksi. Anda sudah boleh pra-daftar figura ini melalui kedai-kedai pengedar rasmi Kotobukiya. Anda boleh melihat senarainya di laman web rasmi.

Tags: FiguraTransformersTransformers Bishoujo
Previous Post

“Layan dengan sopan & hormat” – Pasukan God of War Ragnarok diganggu seksual oleh peminat yang ingin tahu tarikh keluar

Next Post

Bandai Namco & ILCA bentuk syarikat “Bandai Namco Aces”, niat untuk cipta game kualiti tinggi

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat
Berita

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat

June 6, 2026
Next Post
Bandai Namco & ILCA bentuk syarikat “Bandai Namco Aces”, niat untuk cipta game kualiti tinggi

Bandai Namco & ILCA bentuk syarikat "Bandai Namco Aces", niat untuk cipta game kualiti tinggi

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd