Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ultra Kaiju Monster Rancher akan hadir ke Switch tahun ini, Bela Kaiju anda sendiri!

Maira by Maira
June 29, 2022
in Action, Artikel, Berita, Game Baru, Nintendo Switch, Simulator
0 0
0
Ultra Kaiju Monster Rancher akan hadir ke Switch tahun ini, Bela Kaiju anda sendiri!
Share on FacebookShare on Twitter

Ultra Kaiju Monster Rancher telah diumumkan oleh Bandai Namco Entertainment Asia untuk konsol Nintendo Switch dan dirancang untuk lancar pada tahun 2022.

Ia merupakan game kolaborasi dengan Ultra Kaiju, yang muncul dalam siri aksi Ultraman dan game monster-breeding, Monster Rancher yang menyambut ulang tahunnya ke- 25 pada tahun ini.

Tentang Ultra Kaiju Monster Rancher

Menggunakan sistem game Monter Rancher dan Monster Rancher 2 sebagai asas, game ini merupakan game simulasi Ultra Kaiju, yang membolehkan anda untuk membesarkan Kaiju anda sendiri! Tidak kisahlah Alien Baltan, Zetton ataupun Gomora.

Untuk anda yang tidak tahu, Monster Rancher merupakan game simulasi monster-breeding yang dilancarkan pada 1997. Ia masih lagi sebuah game yang popular dan mendapat sokongan daripada ramai pemain, lebih-lebih lagi dengan cirinya yang membolehkan raksasa dilahirkan melalui CD muzik, tambahan pula dengan pertempurannya yang menyeronokkan.

Dalam Ultra Kaiju Monster Rancher, anda akan membesarkan Ultra Kaiju tersendiri dengan melakukan pelbagai aksi setiap minggu, termasuklah memberi makan, melatih serta menghantar mereka untuk berlawan dengan Kaiju lain serta pergi mengembara!

Di Ranch, tempat anda membela Ultra Kaiju, anda berpeluang untuk memerhati kelakuan Ultra Kaiju dengan lebih dekat. Tournament pula membolehkan Kaiju anda berlawan dengan Kaiju pihak lawan yang hebat seperti dalam filem.

Pertempuran antara Kaiju

Sebaik sahaja anda telah membesarkan Kaiju anda, tiba masanya untuk sertai dalam kejohanan dan bertarung dengan saingan yang kuat!

Pertarungan ini berdasarkan sistem Monster Rancher. Serangan yang tersedia bergantung pada jarak antara Kaiju anda dan pihak lawan. Gunakan Drill untuk naikkan Stas Kaiju dan belajar gerakan baru melalui Errantry untuk membantu anda menang di arena!

Kombinasi menarik Kaiju

Game ini juga membolehkan anda untuk menggabungkan dua Ultra Kaiju berbeza untuk mencipta Kaiju baru! Terdapat lebih daripada 200 Kaiju yang tersedia dalam game, terutamanya jika anda mencipta Kaiju seperti Zetton dan Gomora. Lihatlah gabungan menarik antara Kaiju pilihan anda!

Mencipta Partner Kaiju

Usaha mencari Partner Kaiju anda dalam game ini bermula dengan menggunakan fungsi Song Search untuk memainkan lagu yang akan menjana Ultra Kaiju baharu. Ultra Kaiju juga boleh dijana menggunakan peranti yang mempunyai ciri NFC atau item seperti kad ID pengangkutan.

Game ini membaca data kad ID anda menggunakan NFC dan menggunakannya untuk menjana Kaiju. Data yang berbeza menghasilkan Kaiju yang berbeza, jadi anda tidak akan tahu apa yang anda akan dapat!

Untuk mendapatkan maklumat tentang game ini, boleh lawati laman web rasmi game. Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan liputan lain mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Previous Post

Beta Overwatch 2 baru mula tapi ramai pemain mengadu alami masalah server

Next Post

Shin-chan: Me and the Professor on Summer Vacation – The Endless Seven-Day Journey akan tiba di PS4 & Switch pada Ogos 2022

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Shin-chan: Me and the Professor on Summer Vacation – The Endless Seven-Day Journey akan tiba di PS4 & Switch pada Ogos 2022

Shin-chan: Me and the Professor on Summer Vacation – The Endless Seven-Day Journey akan tiba di PS4 & Switch pada Ogos 2022

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd