Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review Disney Mirrorverse – Selamatkan dunia Disney & Pixar di mobile

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 24, 2022
in Android, ARPG, Artikel, Berita, Game Baru, Game Review, iOS, Mobile, Review
0 0
0
Review Disney Mirrorverse – Selamatkan dunia Disney & Pixar di mobile
Share on FacebookShare on Twitter

Wira dan penjahat daripada filem animasi paling terkenal sepanjang zaman akan bersatu dalam Disney Mirrorverse, yang merupakan game free-to-play action RPG untuk peranti mobile! Dibuat oleh studio terkenal Kabam dan menggabungkan pelbagai watak daripada Disney dan Pixar, kami telah mencuba game ini selama beberapa hari untuk tujuan review.

Memandangkan senarai wataknya agak banyak dan menampilkan ciri-ciri gacha, Disney Mirrorverse mempunyai potensi untuk menjadi antara game mobile terbaik pada tahun ini. Adakah ia berjaya menepati jangkaan saya? Teruskan baca review ini.

Latar belakang

Seperti saya kata tadi, Disney Mirrorverse adalah game free-to-play yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Kabam untuk peranti mobile. Jalan ceritanya berlatarkan:

Alam semesta yang berbeza, yang membintangi watak Disney dan Pixar terkenal, tetapi kini mereka bertindak sebagai ‘Mirrorverse Guardian’. Mirrorverse terdiri daripada lokasi ikonik, seperti Agrabah dari Aladdin atau Port Royal daripada Pirates of the Caribbean, tetapi ia telah diubah oleh dark dan light magic. Penduduk Mirrorverse kini berada dalam bahaya kerana kemunculan raksasa ala kristal bernama Fractured, dan ia terserah kepada Guardian yang harus bersatu untuk menghalang mereka.

Gameplay umum

Gameplay tertumpu pada cermin berkuasa bernama Cermin Stellar, yang membolehkan pemain menguatkan abiliti bagi semua watak terkenal. Pemain boleh memilih untuk menjadi salah satu daripada empat Guardian berbeza, masing-masing dengan kebolehan dan kelemahan istimewa mereka sendiri.

Dari situ, kita akan sertai pertarungan yang dibahagikan kepada gelombang-gelombang musuh. Di antara gelombang, kita kadangkala akan mendapat power-up daripada Mickey Mouse, yang mengurangkan rasa repetitif. Dari segi sistem pertempuran, kita mengawal setiap tindakan watak termasuk strategi pasukan dan serangan khas, di mana korang boleh bertukar antara watak jika perlu. Abiliti setiap watak juga boleh diaktifkan walaupun anda tidak mengawalnya pada masa itu – jadi ia seronok untuk bercampur kombo.

Bagi saya, aksi dalam game boleh tahan baik, cuma bukan di tahap yang saya rasa bombastik. Mengapa saya kata begitu? Kelemahannya terletak pada gameplay yang terlalu simple. Abiliti yang saya sebutkan tadi hanya akan menyasarkan musuh terdekat, jadi seelok-eloknya korang menggunakan skil ini pada musuh terakhir anda. Andai kata ada ciri manual lock-on, kan lagi bagus supaya kita tidak perlu menyimpan skil dan dapat serang musuh spesifik. Pertarungan pun boleh tamat dengan lebih cepat supaya kita tidak mudah bosan.

Selain daripada story mode, kita juga boleh melengkapkan misi sampingan yang mempunyai kaitan dengan jalan cerita utama atau mengambil bahagian dalam misi dan acara di Alliance (macam guild), di mana korang boleh menyertai Alliance yang berbeza untuk bertarung antara satu sama lain.

Customize watak Disney dan Pixar kegemaran ikut suka

Terdapat pelbagai watak untuk dipilih dalam Disney Mirrorverse, termasuk Maleficent, Buzz Lightyear, Jack Sparrow, Merida, Scar dan banyak lagi! Bukan setakat itu sahaja, banyak watak lain akan ditambah dalam kemas kini akan datang. Jika watak kegemaran korang tiada sekarang, jangan risau kerana lambat laun dia pasti akan dimasukkan dalam update baru.

Setiap watak dibahagikan kepada kelas-kelas berbeza ala-ala seperti game MOBA di mana kita ada Tank, Support, Melee dan Ranged. Sebagai contoh, kelas Ranged adalah paling OP sekali, dengan serangan tinggi tetapi pertahanan rendah. Kelas support adalah bertentangan dengan watak ranged, dan lebih menggalakkan kerja berpasukan dengan memberi buff berbanding membunuh musuh. Sama sahaja seperti game MOBA.

Satu perkara yang saya kurang puas hati adalah reka bentuk mereka. Ini hanya pendapat peribadi, tetapi kebanyak reka bentuk baru untuk Disney Mirrorverse nampak ‘membosankan’ dan umpama tiada idea lain. Tidak salah mereka menukar penampilan watak, cuma ia seperti kekurangan kreativiti. Memandangkan setiap watak diberi kelas umum seperti dalam MOBA, pihak developer hanya membuat perubahan yang setimpal seperti memakai perisai pada Sully (Monsters. Inc).

Walaupun begitu, ada beberapa reka bentuk yang saya rasa amat mengagumkan. Donald Duck nampak seperti watak Final Fantasy Dragoon, Gaston pula mempunyai busur tulang yang nampak seperti skin Valo, dan Tron yang sememangnya nampak cantik kerana wataknya memang direka untuk game.

Ngam ke mekanik gacha dalam game ini?

Semasa membuka watak baru, korang boleh lihat bahawa statistik setiap Guardian amat berbeza-beza. Guardian dengan lima bintang terang-terang mempunyai kelebihan berbanding watak yang bintang rendah. Dengan statistik mereka yang lebih tinggi, ini membolehkan mereka mengosongkan pertarungan dengan lebih cepat. Hasilnya, mereka mempunyai peluang yang lebih cerah untuk mendapatkan XP dan Orbs.

Dari perspektif gacha, saya ada dua pendapat. Pertama sekali, ‘drop rate-nya’ agak teruk di mana kita ada peluang 1% untuk ‘featured character’ dan peluang 1.5% untuk mana-mana watak 5 bintang. Apa yang buat keadaan lagi teruk lagi adalah game ini mempunyai pelbagai versi untuk watak yang sama. Secara ringkasnya, watak 5-bintang pun mempunyai versi 3-bintang, jadi peluang untuk dapatkan banyak watak sama dalam satu pasukan amat tinggi.

Game ini pun agak kedekut dengan mata wang premiumnya. Satu pull bernilai sebanyak 280 Crystal, dan memang susah untuk kumpul gem sedangkan sudah banyak misi saya selesaikan dalam story mode. Pada masa yang sama, ada juga kelebihannya. Kita hanya akan gacha untuk watak sahaja. Barang lain seperti bahan upgrade boleh diperoleh melalui misi Supply Run, jadi kita tidak perlu sibuk grinding untuk tempat lain dan hanya fokus pada watak.

Pendapat kedua adalah mikrotransaksi-nya terlalu mahal. Untuk mendapatkan 5 bintang, korang kena berbelanja lebih daripada RM100. Tidak perlu kata lagi, itu memang jumlah duit yang terlalu banyak. Korang kena ingat, game ini dipasarkan untuk kanak-kanak – jadi bayangkan situasi apabila mereka ingin dapatkan watak kegemaran.

Pendapat

Secara keseluruhan, Disney Mirrorverse ialah game bagus daripada segi gameplay yang menyeronokkan tetapi ‘biasa-biasa’ saja di aspek lain. Memandangkan ini adalah IP Disney, saya mungkin mengharapkan terlalu tinggi, lagi-lagi dengan unsur gacha yang agak sukar untuk mendapatkan watak bagus.

Maka, tamatlah review saya untuk Disney Mirrorverse. Buat sesiapa yang sedang mencari game action-RPG dengan watak-watak Disney, inilah tempatnya – lagi-lagi ia boleh didapati sekarang di Google Play dan iOS.

Untuk membaca review kami tentang game lain, korang boleh baca di sini.

Download Sekarang!
Disney Mirrorverse
Publisher: Disney
Developer: Kabam Games
Release Date TBC
Android, iOS
Dilabel sebagai game ‘action RPG’ aksi baharu dengan visual grafik yang cantik, Disney Mirrorverse berlangsung dalam dunia serba baru di mana pemain harus mengumpulkan pasukan yang terdiri daripada watak Disney dan Pixar untuk bertarung kuasa jahat.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Disney Mirrorverse

6 Score

Review Breakdown

  • Secara keseluruhan, Disney Mirrorverse ialah game bagus daripada segi gameplay yang menyeronokkan tetapi 'biasa-biasa' saja di aspek lain. Memandangkan ini adalah IP Disney, saya mungkin mengharapkan terlalu tinggi, lagi-lagi dengan unsur gacha yang agak sukar untuk mendapatkan watak bagus. 0
Tags: Disney MirrorverseMobilereview
Previous Post

Katakuri sah akan muncul dalam filem One Piece: Red, tidak pasti jika di pihak baik atau jahat

Next Post

Jadi salah satu skuad MLBB di MPL Malaysia S10 – daftar sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Jadi salah satu skuad MLBB di MPL Malaysia S10 – daftar sekarang!

Jadi salah satu skuad MLBB di MPL Malaysia S10 - daftar sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd