Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Katakuri sah akan muncul dalam filem One Piece: Red, tidak pasti jika di pihak baik atau jahat

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 23, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Katakuri sah akan muncul dalam filem One Piece: Red, tidak pasti jika  di pihak baik atau jahat
Share on FacebookShare on Twitter

Monkey D. Luffy sedang bersiap sedia untuk mengambil alih dunia, dengan tayangan filem ke-15 – One Piece: Red! Dengan fokus besar kepada Red-Haired Shanks dan anak perempuannya Uta, nampaknya pihak pembuat filem juga telah mengesahkan bahawa seorang penjahat utama dari masa lalu bakal membuat kemunculan dalam One Piece: Red iaitu Charlotte Katakuri.

Maklumat ini datang daripada halaman YouTube rasmi One Piece yang berkongsi reka bentuk untuk Katakuri, bersama dengan Oven dan Brulee. Bakal ditayangkan di Jepun pada 6 Ogos nanti, itu hanya segelintir daripada watak yang bakal muncul dalam filem ini nanti.

Seperti yang korang dapat lihat daripada video di atas, Katakuri akan memainkan peranan dalam filem akan datang ini. Kali terakhir kami melihat antagonis hebat ini beraksi adalah semasa Cake Island Arc di mana dia hampir memperoleh kemenangan ke atas Luffy sebelum kecundang kepada keletihan. Walaupun tidak muncul dalam Wano arc, ibunya Big Mom, telah bekerjasama dengan Kaido dalam usaha untuk membalas dendam terhadap Luffy.

Bagaimanapun, Wano arc pun sudah berakhir di halaman manga di mana peminat dapat melihat kekalahan Big Mom di tangan Trafalgar D. Water Law dan Eustass Kid. Berikutan kekalahannya Big Mom dan krewnya kepada geng Straw Hat, saya pun tidak pasti jika Katakuri akan berpihak kepada Luffy atau jadi musuh memandangkan Toei tidak menjelaskan “bila” kejadian dalam filem ini berlaku (sebelum atau selepas kejadian di Wano).

Pencipta Eiichiro Oda pun sedang mengusahakan finale One Piece, jadi saya tidak sabar untuk melihat peranan Katakuri dalam pertarungan terakhir dan kemunculan dia dalam filem Red. Apa pendapat korang pula? Adakah Katakuri akan berpihak kepada Luffy atau adakah dia akan jadi musuh? Jom kongsi pendapat di ruang komen!

Untuk segala liputan kami tentang siri One Piece, sila tekan pautan ini.

Tags: animeKatakurione pieceOne Piece: Red
Previous Post

Servis PS Plus Deluxe mengumumkan rancangan untuk pilihan NTSC di Asia bagi game klasik PS1

Next Post

Review Disney Mirrorverse – Selamatkan dunia Disney & Pixar di mobile

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Review Disney Mirrorverse – Selamatkan dunia Disney & Pixar di mobile

Review Disney Mirrorverse - Selamatkan dunia Disney & Pixar di mobile

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd