Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jadi salah satu skuad MLBB di MPL Malaysia S10 – daftar sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 24, 2022
in Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports, Mobile, Tempatan
0 0
0
Jadi salah satu skuad MLBB di MPL Malaysia S10 – daftar sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Sejurus selepas kejohanan MSC yang diadakan di Malaysia buat kali pertama, kami ada berita baru buat penggemar MLBB kerana pendaftaran untuk kelayakan MPL Malaysia S10 sudah pun bermula dari 23 Jun semalam. Pemain MLBB yang ingin menjadi profesional amat digalakkan untuk mendaftar dalam skuad lima orang dan mengambil bahagian dalam pusingan kelayakan sebagai satu pasukan untuk memenangi gelaran MPLMY S10 yang diidamkan.

Pendaftaran untuk pusingan kelayakan akan berakhir pada 3 Julai yang akan berlangsung antara 7 – 9 Julai di mana pusingan akhir bakal disiarkan di semua halaman media sosial MPL MY.

Sebagai salah satu liga esport paling popular di negara ini, MPL Malaysia telah menyaksikan jumlah penonton maksimum sebanyak 143,783, menurut Esports Charts. Pada musim lepas, kita dapat melihat kebangkitan TODAK, pasukan veteran MLBB yang akhirnya memecahkan sumpahan “naib juara”untuk memperoleh gelaran juara S9.

Kedua-dua Regular Season dan Playoff telah diadakan di luar talian secara langsung sambil ditonton oleh peminat yang menyorak pasukan kegemaran mereka.

Dalam MPL MY S10, setiap pasukan sekali lagi akan diuji untuk mendapatkan hadiah prizepool, yang terdiri daripada lapan pasukan yang dijemput dan dua skuad yang melayakkan diri daripada Regular Season. 8 skuad terbaik akan mara ke peringkat Playoff.akan diumumkan tidak lama lagi.

Untuk menjadi salah satu skuad MLBB terbaik di MPL Malaysia S10, korang boleh daftar melalui:

  • Muat turun borang pendaftaran
  • Sertai Discord MPL MY
  • Pendaftaran Peringkat Kelayakan Malaysia: 23 Jun 2022 – 3 July 2022 (11.59 pm)
  • Had pendaftaran Peringkat Kelayakan Malaysia: Tak ada Had
  • Pengesahan pendaftaran di Discord ditutup pada 5 July 2022, 2.00 pm

Untuk maklumat lanjut tentang MPL MY, sila tekan pautan ini.

Tags: MalaysiaMLBBMPL Malaysia S10
Previous Post

Review Disney Mirrorverse – Selamatkan dunia Disney & Pixar di mobile

Next Post

“Kini aktif dalam penulisan cerita” – Interview bersama Kaoru dari Kadokawa Gempak Starz!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
“Kini aktif dalam penulisan cerita” – Interview bersama Kaoru dari Kadokawa Gempak Starz!

“Kini aktif dalam penulisan cerita” – Interview bersama Kaoru dari Kadokawa Gempak Starz!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd