Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Capcom rasmi mengumumkan Dragon’s Dogma 2

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 17, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Open World
0 0
0
Capcom rasmi mengumumkan Dragon’s Dogma 2
Share on FacebookShare on Twitter

Di acara digital “10 Years of Dragon’s Dogma” hari ini, pengarah Hideaki Itsuno telah mengumumkan bahawa sekuel Dragon’s Dogma 2 kini dalam pembangunan dan akan menggunakan RE ENGINE milik Capcom. Pengumuman ini juga datang dengan pendedahan logo bagi game akan datang.

Malangnya, itu sahaja maklumat yang diberi tentang Dragon’s Dogma 2. Tiada langsung satu trailer, tiada video gameplay, tiada imej konsep seni , atau apa-apa jenis teaser untuk kandungan yang akan disertakan dalam game.

Walau bagaimanapun, selepas acara itu tamat, terdapat pengesahan bahawa Dragon’s Dogma 2 akan dibina pada Re Engine Capcom. Bagi sesiapa yang tidak tahu, enjin ini digunakan untuk semua game Resident Evil serba baru termasuk RE Village. Pendek kata, Dragon’s Dogma 2 pasti akan kelihatan jauh lebih cantik daripada game pertama.

Hideaki Itsuno juga bertanggungjawab sebagai pengarah untuk game pertama yang dikeluarkan pada 2012 tetapi ia tidak jelas mengapa Capcom memilih untuk membuat pengumuman ini dalam acara berasingan sedangkan Capcom Showcase 2022 mungkin lebih ditonton oleh orang ramai.

Walaupun begitu, ia memberi peluang kepada Itsuno untuk berterima kasih kepada peminat atas sokongan berterusan mereka sepanjang dekad yang lalu serta masa untuk menjelaskan tentang inspirasi di sebalik raksasa, pertempuran dan mekanik gameplay unik yang membuatkan Dragon’s Dogma sangat popular.

Bagi sesiapa yang tidak tahu tentang siri ini, Dragon’s Dogma adalah “action-RPG hack and slash” yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Capcom untuk PlayStation 3 dan Xbox 360 pada tahun 2012. Versi upgrade bertajuk Dragon’s Dogma: Dark Arisen dilancarkan untuk semua konsol tadi pada 2013 dan kemudian diadaptasikan ke PC Microsoft Windows pada 2016, PlayStation 4 dan Xbox One pada 2017 dan Nintendo Switch pada 2019.

Berlatarkan dunia fantasi Gransys, pemain memainkan peranan sebagai protagonis manusia bernama Arisen dalam usaha untuk mengalahkan naga Grigori, makhluk yang dikatakan menandakan kiamat dunia, sambil membongkar konspirasi yang lebih dalam di sepanjang pengembaraan.

Gameplay memfokuskan pada Arisen—avatar yang boleh diubahsuai —yang meneroka Gransys sambil menyelesaikan misi dan melawan raksasa dalam pertempuran real-time. Protagonis diiringi oleh Pawns, watak yang memberikan sokongan dan nasihat dalam pertempuran.

Tags: CapcomDragon's Dogma 2Hideaki Itsuno
Previous Post

Final Fantasy VII Rebirth akan lancar ke PS5, bahagian kedua untuk FF7 Remake!

Next Post

Ujian Beta Tertutup Final Fantasy 7: Ever Crisis akan dijalankan pada tahun ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Ujian Beta Tertutup Final Fantasy 7: Ever Crisis akan dijalankan pada tahun ini!

Ujian Beta Tertutup Final Fantasy 7: Ever Crisis akan dijalankan pada tahun ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd