Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Dragon Ball Super: Super Hero akan keluar di Malaysia pada 30 Ogos

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 15, 2022 - Updated on September 2, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem, Manga
0 0
0
Filem Dragon Ball Super: Super Hero akan keluar di Malaysia pada 30 Ogos
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak projek ini diumumkan, ramai peminat anime di seluruh dunia sabar menunggu filem Dragon Ball Super: Super Hero. Di Jepun, filem ini sudah pun ditayangkan di pawagam mereka tetapi bagaimana dengan negara kita? Saya datang dengan berita baik kerana Dragon Ball Super: Super Hero sah akan ditayangkan di Malaysia pada 30 Ogos!

[UPDATE]

Untuk maklumat tentang tiket tayangan filem, boleh KLIK DI SINI.

Bukan berita bocor, bukan teori – info ini sendiri disahkan oleh Crunchyroll dan Toei Animation serta TGV Cinemas yang secara rasminya mendedahkan tarikh tayangan teater global untuk Dragon Ball Super: Super Hero. Selain tarikh tayangan di Malaysia, Crunchyroll turut mengesahkan bila filem itu akan dikeluarkan di negara Asia Tenggara lain. Senarai penuh adalah seperti berikut:

  • 19 Ogos: Vietnam
  • 26 Ogos: Indonesia
  • 30 Ogos: Malaysia, Brunei
  • 31 Ogos: Filipina
  • 1 September: Singapura
  • 29 September: Thailand

Walaupun Goku dan Vegeta muncul dalam filem ini, Dragon Ball Super: Super Hero sebaliknya akan memfokuskan pada Gohan dan Piccolo, dan ikatan yang telah dikongsi oleh mereka sejak Piccolo mula-mula melatih Gohan untuk mengawal kuasanya.

Filem ini akan menyaksikan kedua-duanya berhadapan dengan Red Ribbon Army baru, yang menculik Pan (anak perempuan Gohan) dan mencipta dua pahlawan android baharu, Gamma 1 dan Gamma 2. Disebabkan filem ini berlangsung selepas kejadian Broly, Goten, Trunks (dan juga Gotenks) dan Pan, telah semakin besar dan diberi reka bentuk baru untuk menggambarkan perkembangan masing-masing.

Ini adalah filem ke-21 dalam francais dan filem kedua di bawah era Dragon Ball Super serta adalah filem pertama dalam francais yang dianimasikan sepenuhnya menggunakan CG. Ramai was-was kerana penggunaan animasi 3D tetapi nampaknya Toei Animation kerana ramai peminat kagum dengan cara mereka melaksanakan visual.

Selepas tayangan filem, beberapa spoiler tentang jalan cerita telah mula menular di internet di mana peminat membincangkan tentang kehebatan Gohan dan identiti sebenar bagi beberapa watak khusus. Jika tidak kisah tentang spoiler, korang boleh baca rumusan kami di sini.

Sekali lagi saya ingatkan, filem anime Dragon Ball Super: Super Hero akan keluar di Malaysia pada 30 Ogos 2022.

Untuk segala liputan kami tentang Dragon Ball, sila tekan pautan ini.

Sumber – Crunchyroll

Tags: animeDragon Ball SuperDragon Ball Super: Super HerofilemMalaysia
Previous Post

Filem Gran Turismo akan ditayangkan pada 11 Ogos 2023, kisahkan cerita sebenar!

Next Post

Stalker 2 ditangguhkan sekali lagi kepada awal tahun 2023

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Stalker 2 ditangguhkan sekali lagi kepada awal tahun 2023

Stalker 2 ditangguhkan sekali lagi kepada awal tahun 2023

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd