Terbaru! Gran Turismo mendapat adaptasi filem yang dijadualkan akan tayang pada 11 Ogos 2023 berlatarkan kisah sebenar. Anda jangan terasa pelik kerana sebelum ini, terdapat pendedahan yang game popular daripada Sony akan mendapat adaptasi live action termasuk God of War dan Horizon Zero Dawn.
Filem Gran Turismo ini akan berdasarkan cerita sebenar di mana seorang gamer remaja yang suka bermain “Gran Turismo” menggunakan skill gaming-nya untuk memenangi beberapa perlumbaan Nissan sehingga menjadi pelumba kereta profesional sebenar. Ini berkemungkinan besar akan menggunakan cerita seseorang daripada GT Academy yang membolehkan pemain Gran Turismo menyertai pasukan perlumbaan sebenar dari 2018 hingga 2016.
Selain itu, Neill Blomkamp akan terlibat sama dalam membangunkan filem ini sebagai pengarah. Dia sebelum ini pernah mengarahkan filem District 9, District 10, Chappie dan banyak lagi. Turut dibantu oleh Jason Hall sebagai penulis skrip manakala Asad Qizilbash, Carter Swan, Doug Belgrad dan Dana Brunetti daripada PlayStation Productions akan turut terlibat sama dalam filem ini.

Bagi sesiapa yang tidak tahu, Gran Turismo merupakan game racing eksklusif yang boleh dimainkan di PlayStation. Dikeluarkan pada tahun 1997, game ini terus mencipta nama dalam industri dan melancarkan siri baharu iaitu Gran Turismo 7 pada awal tahun ini.
Buat masa sekarang, tidak banyak maklumat yang didedahkan tentang filem ini. Namun dengan mendapat tarikh tayangan pada tahun hadapan, mungkin filem ini telah lama dibangunkan oleh mereka cuma tidak didedahkan awal. Filem Gran Turismo akan ditayangkan pada 11 Ogos 2023 tetapi kami tidak pasti sama ada ianya masuk ke Malaysia atau tidak.

Harapnya, mereka akan memberikan lebih banyak maklumat berkaitan filem Gran Turismo dalam masa terdekat. Jadi, apa pendapat korang tentang filem ini? Kongsikan pendapat korang di ruangan komen. Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang Gran Turismo, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post