Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[SGF 2022] The Callisto Protocol dedahkan gameplay baru, aksi “bunuh melampau”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 10, 2022
in Action, Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, Seram, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[SGF 2022] The Callisto Protocol dedahkan gameplay baru, aksi “bunuh melampau”
Share on FacebookShare on Twitter

Penerbit KRAFTON dan developer Striking Distance Studios telah mengeluarkan trailer “Schofield Extended Cut” dan gameplay penuh pertama untuk The Callisto Protocol, game horror survival baru dari pencipta Dead Space, Glen Schofield.

Berlangsung di bulan Musytari yang dinamakan sebagai Callisto pada tahun 2320, game ini mencabar protagonis Jacob Lee untuk melarikan diri dari Black Iron Prison dan membongkar rahsia di sebalik lokasi itu. Menggabungkan elemen seram, aksi dan penceritaan, The Callisto Protocol ingin menetapkan standard baru untuk genre seram dalam hiburan interaktif.

Melalui trailer gameplay, kita boleh lihat campuran antara aksi tembak-menembak dan pertempuran jarak dekat, di mana Jacob perlu menyesuaikan taktiknya untuk memerangi makhluk menakutkan sambil mencari senjata, peralatan dan kebolehan baharu untuk mengatasi ancaman serta melarikan diri.

Dalam trailer. dua adegan telah diambil dari bahagian awal permainan. Yang pertama menunjukkan Jason berjalan melalui medbay dan menonton hologram pesakit yang kemudian menjadi liar dan menyerang doktor.

Dalam adegan kedua, Jason kini memakai suit yang hampir sama seperti protagonis Dead Space. Dia juga memakai senjata graviti bernama Grip yang boleh digunakan untuk menarik dan menolak musuh.

Sama seperti Dead Space, musuh boleh dikalahkan dengan menembak atau memotong anggota badan. Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai jenis musuh yang dipamerkan di mana musuh jenis kurus adalah lebih pantas dan akan menyerang kita dengan laju manakala musuh nampaknya lebih sukar untuk ditewaskan kerana HP mereka yang banyak. Malah ada juga musuh yang boleh meludahkan bahan toksik kepada Jason.

Selain musuh, protagonis pun boleh menghadapi kematian yang mengerikan. Dalam trailer, Jason terlanggar sejenis jentera dan tangannya tersangkut di dalam. Dia cuba menarik tangannya keluar tetapi gear di dalam jentera tidak berhenti-henti menyeretnya, lalu menarik seluruh badan Jason sehingga dia terkisar. Dengar cam seram ngeri kan?

Buat sesiapa yang berminat tengok gameplay di atas, The Callisto Protocol akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam pada 2 Disember.

Untuk segala liputan kami tentang game yang diumumkan semasa Summer Game Fest, sila tekan pautan ini.

Lihat di sini
The Callisto Protocol
Publisher: KRAFTON
Developer: Striking Distance Studios
Release Date TBC
Microsoft Windows, PlayStation 5, Xbox Series X|S
Callisto Protocol adalah permainan seram survival orang ketiga yang akan dijadualkan untuk dilancarkan pada tahun 2022. Permainan ini sedang dikembangkan oleh studio Striking Distance, yang diasaskan oleh Glen Schofield, yang sebelumnya telah bersama-sama membuat siri Dead Space.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: GameplaySeramThe Callisto Protocol
Previous Post

[Preview] Saints Row Boss Factory – Gayakan watak Boss dengan pelbagai reka bentuk!

Next Post

[SGF 2022] Honkai: Star Rail dedahkan trailer baru “To You Who Will Soon Depart”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
[SGF 2022] Honkai: Star Rail dedahkan trailer baru “To You Who Will Soon Depart”

[SGF 2022] Honkai: Star Rail dedahkan trailer baru "To You Who Will Soon Depart"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd