Semasa livestream Summer Game Fest, HoYoverse telah mendedahkan satu lagi trailer baru untuk game Honkai terbaru mereka iaitu Honkai: Star Rail, memaparkan protagonis serta aksi yang menanti pemain apabila ia dilancarkan nanti. Buat masa ini masih tiada tarikh pelancaran diumumkan malah ujian beta tertutup kedua juga masih dijalankan. Ianya akan dilancarkan untuk PC, iOS dan Android. Berikut adalah trailer tersebut:
Honkai: Star Rail menampilkan dunia penuh dengan unsur mitos dan legenda ke dalam cerita sci-fi angkasa lepas. Di alam semesta ini, terdapat “Aeon”, penjelmaan prinsip universal yang dapat mengembara dengan bebas di antara dunia yang menggunakan beberapa jenis daya primitif. Galaksi ini penuh dengan dunia dengan landskap dan cerita yang unik; “Aeon” yang menjelajah alam semesta untuk menegakkan kepercayaan mereka sendiri, terdapat juga “Destruction” yang menganggap alam semesta sebagai tamadun berpenyakit. Mereka ini lah yang menyebarkan benih kehancuran yang dipanggil “Stellaron” merentasi galaksi.
Protagonis, yang mempunyai Stellaron didalam badannya, memulakan perjalanan menggunakan Astral Express dengan sekumpulan penumpang lain yang mewarisi semangat “Trailblaze”. Dan kini mereka mencari jejak “Aeon” untuk meneroka alam semesta. Ekspedisi berlangsung apabila protagonis dan anak kapal mencari jawapan serta mencungkil rahsia yang terkubur.
Astral Express akan menbawa anda ke pelbagai alam semesta, penuh dengan pengembaraan dan aksi. Game RPG ini memaparkan sistem turn-based combat yang mudah dimainkan serta peta yang besar. Ia juga mempunyai maze dan puzzle untuk diselesaikan oleh pemain, memberikan mereka pelbagai kejutan dan ganjaran sepanjang permainan.
Anda boleh lawati laman rasmi game untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pembangunan serta dunia game. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Honkai: Star Rail daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post