Setelah lama menunggu, akhirnya PlayStation mendedahkan barisan game percuma untuk PS Plus bulan Jun 2022. Berbeza dengan negara lain, PlayStation memberikan tambahan game percuma untuk pemain Asia. Game percuma ini boleh dituntut bermula 7Jun – 4 Julai 2022 dan tersedia untuk kesemua pakej langganan PS Plus. Tanpa membuang masa, jom kita lihat game percuma tersedia untuk PS Plus Jun 2022!
God of War (PS4)

Kratos perlu menyesuaikan diri dengan tempat baharu, ancaman yang tidak dijangka serta menggunakan peluang kedua yang diberikan untuk menjadi seorang bapa. Bersama anak lelakinya, Atreus, mereka akan menerokai dunia Norse yang kejam dan berjuang untuk menyelesaikan misi. Anda akan alami pertempuran epik boss, kombat yang lancar serta penceritaan yang mengukuhkan semula dunia itu.
Naruto to Boruto: Shinobi Striker (PS4)

Francais Naruto memaparkan 4v4 yang menampilkan game berasaskan pasukan dengan 8 orang ninja bertarung serentak. Pemain akan bekerjasama sebagai satu pasukan untuk bersaing dalam talian. Shinobi Striker juga menampilkan grafik baru. Ketuai pasukan dan berlawan untuk menjadi ninja terbaik.
Nickelodeon All-Star Brawl (PS4/PS5)

Bergaduhlah sebagai watak kegemaran Nickelodeon anda dalam pertempuran platform yang hebat. Dengan barisan watak yang datang dari pelbagai universe Nickelodeon, berhadapan dengan watak dari siri SpongeBob Squarepants, Teenage Mutant Ninja Turtles, The Loud House, Danny Phantom, Aaahh!!! Real Monsters, The Wild Thornberrys, Hey Arnold!, Rugrats, dan banyak lagi. Dengan set pergerakan dan serangan unik yang diilhamkan oleh personaliti mereka, setiap watak mempunyai gaya permainan individu tersendiri yang membolehkan aksi tanpa henti untuk peminat Nickelodeon.
Can’t Drive This (PS4/PS5)

Can’t Drive This merupakan game perlumbaan co-op kompetitif multiplayer. Pandulah trak raksasa semasa rakan anda membina jalan di hadapan anda! Jangan terlalu perlahan pula apabila memandu kerana anda boleh meletup!
Anda semua yang masih belum tuntut game PS Plus Mei 2022, jangan lupa untuk tuntutnya. Ada juga yang rugi nanti kerana terlepas FIFA 22 percuma. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game percuma daripada kami, sila klik pautan ini.
Sumber: PlayStation Asia
@gamersantaimy
Discussion about this post