Baru-baru ini, terdapat satu kebocoran yang menunjukkan Returnal akan dilancarkan di PC melalui SteamDB. Game ini telah dilancarkan secara eksklusif di PlayStation 5 pada 30 April 2021 dan tiada sebarang berita mengenai port masuk ke PC. Ianya adalah game third-person shooter roguelike yang dibangunkan oleh Housemarque dan diterbitkan oleh Sony Interactive Entertainment.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Sony telah menunjukkan minat yang lebih besar dalam ruang PC dan telah membawa beberapa game ke PC termasuk Days Gone, Horizon Zero Dawn, dan God of War. Sementara Sony telah menjelaskan bahawa ia akan terus membawa lebih banyak eksklusif PlayStation ke PC pada masa hadapan, Steam mungkin baru sahaja membocorkan penambahan Returnal melalui Steamdb.
Menurut SteamDB, iaitu tapak web yang menjejaki fungsi backend kepada Steam, penyenaraian baharu untuk apa yang kelihatan seperti Returnal telah ditemui. Game yang dipersoalkan ini yang telah muncul di Steam tidak betul-betul bertajuk Returnal, tetapi sebaliknya menggunakan nama “Oregon.”

Walaupun ianya nama yang berbeza, ramai yang mempercayai ia mungkin Returnal atas sebab huraian yang ditunjukkan. Huraian tersebut menyebut Atropos dan Tower of Sisyphus yang kedua-duanya boleh dilihat dalam Returnal.
Yang lebih menarik tentang perkara ini adalah ini akan menjadi game PlayStation 5 eksklusif pertama yang akan masuk di PC. Sebelum ini, mereka hanya membawa game yang telah dikeluarkan pada PlayStation 4. Dengan Returnal port masuk ke PC, mungkin kita akan dapat lihat lebih banyak game PlayStation 5 eksklusif yang akan masuk ke PC.

Kepada yang tidak tahu tentang Returnal, ia adalah game third-person shooter yang menampilkan elemen seperti roguelike dan merangkumi genre seram psikologi. Berlatarkan suasana fiksyen sains futuristik, anda akan bermain sebagai Selene Vassos (Jane Perry), seorang juruterbang angkasa lepas, dilengkapi dengan sut dan bersenjatakan senjata berteknologi tinggi, yang terdampar di planet asing Atropos, dan terperangkap dalam gelung masa.
Selepas setiap kematian, Selene dibangkitkan, mengikut corak merentasi persekitaran asing dan memerangi entiti luar bumi dengan penglihatan yang semakin berkembang dalam dunia yang sentiasa berubah.

Memandangkan kebocoran ini seperti telah rasmi melalui SteamDB, kita hanya menunggu masa sahaja sehingga Sony mengumumkan bahawa Returnal akan dilancarkan pada PC. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita tentang game, anime, teknologi dan banyak lagi dari kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post