Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jurassic World Primal Ops akan keluar di Android & iOS, gameplay ala Pokemon

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 27, 2022
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Jurassic World Primal Ops akan keluar di Android & iOS, gameplay ala Pokemon
Share on FacebookShare on Twitter

Behavior Interactive, dengan kerjasama Universal Games dan Platform Digital, hari ini mendedahkan Jurassic World Primal Ops, game action-adventure ‘free-to-play’ baru untuk Android dan iOS di mana pemain harus menyelamat, mengumpul dan bertarung bersama dinosaur kegemaran mereka.

https://www.youtube.com/watch?v=f8Z4PLWAf6Q

Dalam game ini, hanya pemain sahaja yang boleh menyelamatkan dinosaur daripada kepupusan. Sebagai penjaga dinosaur elit yang terlatih dalam pertempuran, misi pemain adalah untuk mengembara ke seluruh Amerika Utara, menyelamatkan dinosaur daripada tentera upahan , pemburu haram maut dan makmal keji yang berniat jahat.

Jadi mengapa saya kata game ini ala-ala seperti Pokemon? Itu kerana kita boleh memanggil dinosaur yang diselamatkan untuk bertarung di sisi kita. Menggunakan kebolehan unik masing-masing, rakan dinosaur ini boleh mengatasi sebarang cabaran yang menghalang dan mengubah arus dalam mana-mana misi. Daripada Triceratops kepada Pteranodon kepada T-Rex, setiap dinosaur yang diselamatkan membawa dinamik baru ke dalam game.

“Kami amat berbangga dengan Jurassic World Primal Ops, dan amat percaya pemain akan menyukainya. Game ini menawarkan pengalaman gameplay mudah alih yang baru dan unik di dunia Jurassic World, dan perubahan mengumpul dinosaur menyediakan gameplay yang pelbagai.”

“Sejak permulaan francais Jurassic World, kami telah melalui perjalanan yang mengembangkan hubungan hebat antara dinosaur dan manusia. Ia menarik untuk mempamerkan bagaimana mereka bukan sahaja hidup bersama secara aman, tetapi bagaimana mereka boleh bekerjasama untuk menyelamatkan dinosaur lain.”

kata Jason Millena, Pengarah Kreatif Kanan, Behavior Interactive.

Jurassic World Primal Ops akan tersedia di iOS (App Store) dan pada Android (Google Play) tidak lama lagi. Game ini percuma untuk dimuat turun tetapi menawarkan pembelian dalam aplikasi.

Di samping itu, filem terbaru dalam francais Jurassic World – Jurassic World Dominion – akan mula ditayangkan di pawagam Malaysia pada 9 Jun 2022. Sempena itu, kami telah bekerjasama dengan United International Pictures (UIP) untuk mengadakan giveaway eksklusif di mana anda berpeluang memenangi pelbagai barangan premium bertemakan filem. Nak tahu lebih lanjut? Klik di sini!

Tags: AndroidiOSJurassic World Primal Ops
Previous Post

Siri Black Shark 5 Pro diumumkan, gaming phone terbaru dengan Snapdragon 8 Gen 1

Next Post

Returnal akan masuk ke PC melalui kebocoran di SteamDB

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Returnal akan masuk ke PC melalui kebocoran di SteamDB

Returnal akan masuk ke PC melalui kebocoran di SteamDB

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd