Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

SD Gundam Battle Alliance akan keluar 25 Ogos 2022, boleh pre-order sekarang

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 27, 2022
in Action, Anime, Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
SD Gundam Battle Alliance akan keluar 25 Ogos 2022, boleh pre-order sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

Buat peminat Gundam, korang tidak perlu menunggu lama untuk mencuba game terbaru dalam francais kerana SD Gundam Battle Alliance nampaknya akan dikeluarkan pada 25 Ogos 2022 menurut Bandai Namco. Game ini akan tersedia di Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC, di mana semua versi akan dikeluarkan pada hari yang sama.

SD Gundam Battle Alliance menampilkan “jalan cerita yang merentasi ruang masa”, dan menghimpunkan pelbagai Pilot dan Mobile Suit berbeza daripada francais Gundam. Permainan ini berlaku di G: Universe, di mana sejarah telah diputarbelitkan. Kita sebagai pemain ditugaskan untuk memulihkan ruang masa, dan untuk berbuat demikian, pemain perlu mengumpulkan pasukan yang terdiri daripada pelbagai watak.

Game ini akan menawarkan mode single-player dan juga multiplayer co-op. Dalam mode multiplayer, korang boleh bermain dengan sehingga 2 rakan lain dalam pasukan yang terdiri daripada 3 orang. Semasa melakukan misi, kita juga akan memperoleh bahagian atau blueprint yang boleh digunakan untuk menaik taraf Mobile Suit pilihan.

Antara siri Gundam yang akan muncul:

  • Mobile Suit Gundam
  • Mobile Suit Gundam 0080: War in the Pocket
  • Mobile Suit Gundam: The 08th MS Team
  • Mobile Suit Gundam Thunderbolt
  • Mobile Suit Gundam 0083: Stardust Memory
  • Mobile Suit Zeta Gundam
  • Mobile Suit Gundam ZZ
  • Mobile Suit Gundam: Char’s Counterattack
  • Mobile Suit Gundam: Char’s Counterattack Beltorchika’s Children
  • Mobile Suit Gundam Unicorn
  • Mobile Suit Gundam F91
  • Mobile Suit Crossbone Gundam
  • Mobile Suit V Gundam
  • Mobile Fighter G Gundam
  • Mobile Suit Gundam Wing
  • After War Gundam X
  • Turn A Gundam
  • Mobile Suit Gundam SEED
  • Mobile Suit Gundam SEED Astray
  • Mobile Suit Gundam SEED VS Astray
  • Mobile Suit Gundam SEED Destiny
  • Mobile Suit Gundam 00
  • Mobile Suit Gundam 00 The Movie -Awakening of the Trailblazer-
  • Reconguista in G
  • Mobile Suit Gundam: Iron-Blooded Orphans

Selain daripada tarikh keluaran rasmi, Bandai Namco juga telah mendedahkan info tentang bonus prapesan. Seperti biasa, versi digital akan mempunyai base game, serta Season Pass. Menurut Bandai Namco, antara bonusnya termasuk:

  • SD Gundam World Sangoku Soketsuden Pack – Terima unit Liu Bei Unicorn Gundam, Cao Cao Wing Gundam dan Sun Jian Gundam Astray. Pemain boleh mengawal unit ini secara sendiri atau sebagai rakan sekutu.
  • MS Research Support: Start Dash Pack & Unit “Gundam” – Terima “Expansion Part” dan “Capital Ticket”, yang memberikan kelebihan kepada pemain pada awal permainan. Di samping itu, unit “Gundam” akan dibuka dan boleh digunakan dalam awal permainan.
  • Unit Knight Gundam – Terima unit “Knight Gundam” yang muncul dalam “”Musha, Knight and Command: SD Gundam Scramble” untuk guna di awal permainan.
  • Unit Musha Gundam – Terima unit “Musha Gundam” yang muncul dalam “Musha, Knight and Command: SD Gundam Scramble” untuk guna di awal permainan.

Buat masa ini, SD Gundam Battle Alliance memang nampak menarik, cuma kita tidak tahu lah kalau ia sama menarik seperti trailer! Tidak mengapa, kita akan dapat tahu tidak lama lagi apabila ia dilancarkan pada 25 Ogos tahun ini.

Untuk peminat Gundam, apa pendapat korang? Cukup menarik tak untuk korang cuba? Jom kongsi pendapat di ruang komen! Untuk baca segala liputan kami tentang Gundam, sila tekan pautan ini.

SD Gundam Battle Alliance
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Developer: Artdink Corporation
Release Date: 2022-08-25
Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
SD Gundam Battle Alliance akan dikeluarkan pada 25 Ogos 2022 untuk Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC dan menampilkan “jalan cerita yang merentasi ruang masa”, di mana menghimpunkan pelbagai Pilot dan Mobile Suit berbeza daripada francais Gundam.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animegundamPre-OrderSD Gundam Battle Alliance
Previous Post

Razer mengumumkan koleksi pakaian ‘GENESIS’ & ‘UNLEASHED’ untuk para gamer

Next Post

SD Gundam G Generation ETERNAL diumumkan untuk iOS & Android, ujian Closed Beta bakal menyusul

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
SD Gundam G Generation ETERNAL diumumkan untuk iOS & Android, ujian Closed Beta bakal menyusul

SD Gundam G Generation ETERNAL diumumkan untuk iOS & Android, ujian Closed Beta bakal menyusul

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd