Razer hari ini memperkenalkan siri koleksi pakaian terbaru yang bernama Genesis dan Unleashed. Selepas bekerja dengan pelbagai nama jenama besar seperti BAPE dan Fossil, Razer kini akan menawarkan koleksi Genesis dan Unleashed supaya lebih ramai gamer boleh mendapat akses kepada pakaian bergaya ala ‘streetwear’.
Razer Genesis
Razer Genesis mempunyai reka bentuk minimalis dan garis hijau halus, serta menampilkan logo dan jenama ikonik “ular berkepala tiga” Razer. Direka untuk mengutamakan keselesaan, koleksi ini terdiri daripada kemeja-t klasik. seluar pendek, bucket hat dan bomber jacket bergaya dengan hood yang boleh disembunyikan serta kalis air.
Pasti dikenali serta-merta kerana warna hitam dan hijau yang menyerlah, Razer Genesis dibuat untuk mereka yang suka menyeimbangkan baju antara gaya dan keselesaan dengan pakaian serba boleh yang dibuat untuk urusan harian, tidak kisah di dalam atau di luar.
Razer Unleashed
Razer Unleashed, seperti namanya, menampilkan pakaian cetakan tebal dan bersaiz besar yang dicipta untuk mereka yang gemarkan streetwear. Koleksi ini termasuk kemeja-T oversized, sweatshirt bergaya dengan poket dan seluar pendek kasual. Selain itu, ia mempunyai hoodie berzip, yang cukup besar untuk dipakai atas headset gaming serta seluar pendek, seluar jogging.
Untuk melengkapkan koleksi, pemain mempunyai pilihan sama ada topi snapback atau bucket had. Koleksi ini juga tersedia dalam warna hitam dan hijau ikonik Razer bersama logo Razer yang bersaiz besar untuk mereka yang bertahun-tahun menyokong jenama.
Malangnya, koleksi pakaian Razer Genesis dan Unleashed tidak diumumkan untuk Malaysia dan hanya di luar negara sahaja buat masa ini. Bagaimanapun, kita akan menyenaraikan harga rasmi untuk setiap pakaian supaya korang semua tahu:
- Razer Genesis Tee: $49.99 (anggaran RM219.84)
- Razer Genesis Bomber Jacket: $99.99 (anggaran RM439.72)
- Razer Genesis Shorts: $69.99 (anggaran RM307.79)
- Razer Genesis Bucket Hat: $39.99 (anggaran RM175.86)
- Razer Unleashed Oversized Tee: $59.99 (anggaran RM263.81)
- Razer Unleashed Sweatshirt: $69.99 (anggaran RM307.79)
- Razer Unleashed Zip Hoodie: $99.99 (anggaran RM439.72)
- Razer Unleashed Shorts: $59.99 (anggaran RM263.81)
- Razer Unleashed Jogger Pants: $79.99 (anggaran RM351.76)
- Razer Unleashed Snapback Cap: $39.99 (anggaran RM175.86)
- Razer Unleashed Bucket Hat: $39.99 (anggaran RM175.86)
Untuk maklumat lanjut tentang koleksi di atas, korang boleh layari laman web rasmi Razer bagi Genesis dan Unleashed. Ingin baca segala liputan kami tentang Razer, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post