Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Capcom buka cawangan di Singapura, menyasarkan pasaran Asia Tenggara

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 26, 2022
in Artikel, Berita, Industri
0 0
0
Capcom buka cawangan di Singapura, menyasarkan pasaran Asia Tenggara
0
SHARES
115
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Capcom, salah satu syarikat permainan video terbesar di dunia yang menghasilkan pelbagai game popular seperti siri Monster Hunter, Street Fighter, Resident Evil dan banyak lagi, nampaknya telah menubuhkan studio baru di Singapura.

Menurut data daripada SGP Business, Capcom Singapore PTE. LTD. telah didaftarkan sebagai Syarikat Persendirian Berhad mengikut Saham, yang diperbadankan pada 1 April 2020 (Rabu) di Singapura. Masih lagi aktif, rupanya Capcom Singapura telah beroperasi selama 2 tahun.

Antara info tambahan yang dinyatakan adalah aktiviti utama bagi syarikat ialah pemborongan permainan komputer (termasuk permainan elektronik dan konsol permainan video) dengan penerbitan perisian/aplikasi gaming sebagai aktiviti kedua.

Selepas mengkaji dengan lebih mendalam, individu bernama Ikuo Hirano telah dinamakan sebagai Presiden untuk Capcom Singapura. Menurut profil LinkedIn-nya, Hirano sudah pun bersama Capcom sejak April 2021.

Studio baru Capcom Singapura masih belum diumumkan kepada khalayak umum dan kerana itu, maklumat mengenai saiz dan fungsi khusus bagi studio itu masih tidak diketahui secara tepat.

Mengikut data rasmi, Capcom kini mempunyai 15 anak syarikat di sekitar dunia termasuk Jepun, Amerika Utara, Eropah, dan Asia Timur. Cawangan Singapura masih belum dikira sebagai salah satu tetapi mungkin akan diumumkan dalam masa akan datang.

Singapura, kini telah muncul sebagai hab serantau untuk pembangunan permainan video dan berjaya tertarik pelbagai nama besar untuk membuka cawangan sendiri termasuk Ubisoft, Riot Games, Cognosphere (di bawah HoYoverse), Koei Tecmo dan lain-lain.

Bukan itu sahaja, negara tercinta kita Malaysia juga telah menarik minat banyak syarikat besar di mana Larian Studios dan PlayStation membuka cawangan di sini, Nintendo membuka laman web rasmi untuk penduduk kita membeli barang/konsol dan Xbox yang menyediakan akhirnya menyediakan PC Games Pass bagi pengguna serantau.

Ini adalah perubahan yang bagus sedangkan banyak negara di Asia Tenggara semakin maju dan lebih terbuka kepada industri gaming. Untuk baca segala liputan kami tentang aspek industri, sila tekan pautan ini.

Tags: Capcomsingapura
Previous Post

realme GT Neo 3 edisi terhad Naruto mungkin akan masuk ke Malaysia

Next Post

[Preview] The Quarry – Percutian musim panas terakhir yang penuh misteri

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
Next Post
[Preview] The Quarry – Percutian musim panas terakhir yang penuh misteri

[Preview] The Quarry - Percutian musim panas terakhir yang penuh misteri

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd