Selepas acara pelancaran realme GT Neo 3 baharu di China, realme juga telah mengeluarkan realme GT Neo 3 edisi Naruto untuk peminat anime. Sebelum ini, mereka telah buat kolaborasi bersama Dragon Ball dan kini mereka meneruskan lagi dengan membuat kolaborasi bersama siri anime, Naruto bagi siri phone gaming mereka iaitu realme GT.
Melalui akaun rasmi Facebook realme, mereka telah membuat posting dengan menanyakan soalan “Adakah anda telah menonton Naruto?”. Nampaknya ia mungkin akan masuk Malaysia. Sehingga kini, tiada sebarang maklumat penjelasan realme Malaysia mengenai edisi ini.
Berikut adalah pandangan yang lebih terperinci pada GT Neo 3 Naruto:
Seperti yang anda dapat lihat, model realme ini menampilkan warna oren dan hitam yang diinspirasikan daripada pakaian ikonik Naruto. Pada masa yang sama, ia juga menampilkan bentuk headband yang mempunyai logo Konoha pada bahagian kanan atas dengan logo realme bersama Naruto di bawah.

Dari segi reka bentuk dalaman, realme GT Neo 3 edisi Naruto juga telah diubahsuai. Sebanyak 84 ikon UI tersuai Naruto merangkumi hampir semua aplikasi biasa digunakan. Ia juga dilengkapi dengan animasi tersuai untuk sistem, wallpaper unik dan lockscreen yang sepadan.
Kotak pun diberi tumpuan dan kita boleh melihat rekaan scroll Naruto yang menggunakan tekstur kulit. Selain smartphone, kotak ini juga mengandungi pelbagai aksesori tambahan bertema Naruto seperti kepala pengecas, wayar USB dan pin kad SIM dengan reka bentuk eksklusif Naruto.
Untuk spesifikasi, ianya dikuasakan oleh pemprosesan MediaTek Dimensity 8100, 12GB Ram dan storan 256GB. Untuk kamera, telefon pintar ini mempunyai setup tiga kamera yang terdiri daripada kamera utama 50MP, ultralebar 8MP dan kamera 2 MP makro manakala kamera hadapan adalah 16MP. Akhir sekali adalah paparan FHD+ AMOLED 6.7 inci 120Hz.
Realme GT Neo 3 edisi Naruto berharga bermula CNY 2,799 (anggaran RM1827.95), dan boleh didapati di kedai dalam talian realme di China mulai 31 Mei. Untuk jualan di Malaysia, masih belum ada pengumuman rasmi yang telah dibuat oleh realme Malaysia selain posting yang menanyakan berkenaan Naruto. Kami harap edisi Naruto ini dapat dijualkan di Malaysia tidak lama lagi. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi dari kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post