Selepas Nintendo Switch dan Nintendo DS mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan peminat, kini Nintendo kembali dengan berita hangat yang mengatakan syarikat tersebut mungkin akan memasuki pasaran telefon pintar. Menurut pembekal komponen elektrik dari Taiwan, mereka berkata yang Nintendo sebenarnya mempertimbangkan sama ada untuk memasuki pasaran telefon pintar atau pun tidak.

Masih belum ada maklumat yang terperinci sama ada Nintendo akan berbuat demikian, tapi jika ianya berlaku, telefon pintar tersebut berkemungkinan besar akan mengikut reka bentuk Nintendo Switch dan ia akan membenarkan pengguna untuk berkongsi data dan maklumat mereka antara satu sama lain.

Agak susah untuk kita jangkakan jenis spesifikasi yang akan mereka lakukan. Tapi kalau kalau ikutkan games Nintendo yang ada di Apple dan Google Play Store, mereka tidak memerlukan keperluan yang tinggi. Jadi, ini mungkin bermaksud mid-range tier sudah cukup. Tambahan lagi Nintendo ni adalah syarikat family-friendly, mereka boleh hasilkan spesifikasi sederhana yang mampu mainkan game mereka tanpa pengunaan performance yang terlampau.

Pada tahun lalu atau sebelum-sebelumnya, persaingan syarikat di antara Razer, Xiaomi, Asus dan Nubia semakin menjadi-jadi dan sangatlah sengit terutamanya dalam pasaran telefon pintar. Tidak dinafikan setiap gaming phone yang telah dikeluarkan dalam jangka masa dua tahun, memberi keuntungan yang sangat banyak untuk syarikat-syarikat gergasi ini. Pendek kata, jika Nintendo berjaya membezakan produk dan menawarkannya dengan harga yang lebih rendah, ia mungkin akan mempunyai tempat tersendiri di pasaran! Apa-apa pun kita tunggu sendiri pengumuman rasmi dari Nintendo sama ada betul atau tidak yang mereka akan memasuki pasaran telefon pintar.
Sumber: IT HOME
@gamersantaimy
Discussion about this post