Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Let Me Solo Her, pemain legenda Elden Ring akan menerima “hadiah istimewa” daripada Bandai Namco

Maira by Maira
May 12, 2022 - Updated on May 26, 2022
in ARPG, Artikel, Berita, Game, Open World
0 0
0
Let Me Solo Her, pemain legenda Elden Ring akan menerima “hadiah istimewa” daripada Bandai Namco
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun sudah dua bulan dilancarkan, Elden Ring masih lagi popular dan penuh perkara menarik yang dilakukan oleh peminat. Berjuta-juta pemain juga mula melakukan speedrun, hasilkan mod atau pun masih berusaha untuk mengalahkan Malenia. Bercerita mengenai Malenia, pemain legenda Elden Ring, Let Me Solo Her dilaporkan akan menerima hadiah khas daripada Bandai Namco.

Kepada anda yang tidak mengenali Let Me Solo Her, pemain legenda ini telah menolong ramai pemain Elden Ring lain mengalahkan Malenia, boss dalam game tersebut yang sememangnya mimpi ngeri untuk setiap pemain. Dengan avatarnya yang hanya memakai periuk dan kain itu, telah mengalahkannya banyak kali boss tersebut. Baru-baru ini, pemain itu telah melakukan livestream Elden Ring, di mana dia telah mengalahkan Malenia untuk kali ke-1000.

LOOK AT THIS GUYS pic.twitter.com/EmLcNvdnfD

— Mattel (@ElMattXD) May 11, 2022

Pada akhir livestream Let Me Solo Her, dia telah mendedahkan bahawa Bandai Namco telah menghubunginya untuk memberikan hadiah istimewa. Hadiah yang ingin diberikan itu masih belum didedahkan. Ia mungkin berbentuk fizikal seperti figura rasmi avatarnya atau sesuatu yang khas dalam game. Harap-harap pemain itu boleh dedahkan hadiah tersebut nanti.

Pemain itu juga ada menyatakan bahawa perjalanannya bertarung dengan Malenia untuk pihak orang lain telah pun berakhir. Dia berhasrat untuk memulakan Elden Ring semula daripada awal. Jadi, kalau anda yang inginkan pertolongan daripadanya, memang melepaslah ceritanya. Tetapi Let Me Solo Her mungkin akan terus membantu pemain lain tetapi di bahagian lain dalam dunia tersebut.

Apapun, selamat maju jaya kepada semua pemain yang masih aktif dalam Elden Ring dan jangan cepat putus asa. Kalau tidak boleh lawan seorang diri, ajaklah kawan lain tolong. Kalau anda inginkan liputan lain mengenai Elden Ring, sila klik pautan ini.

Sumber: The Gamer

Lihat di sini
Elden Ring
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Developer: FromSoftware
Release Date TBC
Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Elden Ring adalah RPG yang dikembangkan oleh FromSoftware dan diterbitkan oleh Bandai Namco Entertainment. Permainan ini adalah usaha kolaborasi antara pengarah permainan Hidetaka Miyazaki dan novelis fantasi George R. R. Martin serta akan dilancarkan untuk Microsoft Windows, PlayStation 4, dan Xbox One.
Tags: Elden RingLet Me Solo Her
Previous Post

Call of Duty: Project Aurora bakal masuk ujian Alpha – Mungkin Warzone Mobile

Next Post

Asal usul dan fungsi Sharingan – Antara dojutsu paling hebat & juga paling tragedi

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Asal usul dan fungsi Sharingan –  Antara dojutsu paling hebat & juga paling tragedi

Asal usul dan fungsi Sharingan - Antara dojutsu paling hebat & juga paling tragedi

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd