Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Call of Duty: Project Aurora bakal masuk ujian Alpha – Mungkin Warzone Mobile

safwan by safwan
May 12, 2022
in Artikel, Battle Royale, Berita, Mobile Game
0 0
0
Call of Duty: Project Aurora bakal masuk ujian Alpha – Mungkin Warzone Mobile
Share on FacebookShare on Twitter

Call of Duty: Project Aurora adalah game mobile baharu yang merupakan game mobile kedua daripada Call of Duty. Ianya adalah game battle royale yang mempunyai gameplay yang pantas dan berkualiti tinggi untuk memberikan pengalaman baharu kepada pemain.

Menurut Call of Duty, game ini masih dalam fasa pembangunan dan masih separuh jalan untuk membuat ujian Alpha tertutup. Kami tak pasti sama ada ianya Warzone versi mobile tetapi banyak spekulasi yang telah disebarkan tentang Project Aurora di Reddit dan YouTube walaupun game ini belum diumumkan secara rasmi oleh Call of Duty.

Penyertaan untuk ujian Alpha tertutup adalah terhad dan mereka ingin memula penambahbaikan penalaan, perlawanan ujian tekanan, mengenal pasti dan membetulkan bug serta mengumpul maklum balas daripada peserta yang menyertai ujian tersebut.

Malangnya, korang tidak boleh mendaftarkan diri dan hanya tersedia kepada bilangan peserta melalui jemputan secara terus. Walau bagaimanapun, mereka akan membuka dan menambah lebih ramai pemain sepanjang fasa ujian dijalankan. Memandangkan Projek Aurora masih dalam pembangunan, hanya sebilangan kecil peserta diperlukan untuk membantu mereka mencapai matlamat pada peringkat ini.

Buat masa sekarang, mereka tidak mengumumkan sebarang maklumat mengenai game tersebut secara rasmi dan akan berkongsi secara umum apabila semuanya telah selesai. Untuk pengetahuan korang, maklumat dalam Project Aurora bukanlah muktamad dan sudah pasti ianya akan mempunyai perubahan buat masa akan datang.

Selain itu, hanya sebahagian ciri-ciri akan berada dalam game dan ianya belum optimum sepenuhnya semasa ujian dijalankan. Mereka berkata akan terus mengoptimumkan dan mengemaskan game dengan perlawanan ujian tekanan, meningkatkan prestasi dan banyak lagi semasa dalam fasa pembangunan.

Seperti yang kita tahu, game ini masih dibangunkan dan sudah pasti semua data serta perkembangan yang dibuat tidak akan dibawa ke game yang telah siap nanti. Ujian yang diadakan buat masa kini hanya untuk menilai mekanik gameplay Battle Royale berskala besar pada mobile. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Project Aurora, korang boleh pergi laman web rasmi Call of Duty.

Korang rasa nanti gameplay Call of Duty: Project Aurora macam mana? Adakah sama seperti game battle royale yang lain? Kongsikan pendapat korang di ruangan komen. Untuk dapat lebih banyak berita menarik tentang Call of Duty, sila klik pautan ini.

Sumber: Call of Duty

Previous Post

Battlefield 2042 bukan lagi game aktif, terus hilang dari radar

Next Post

Let Me Solo Her, pemain legenda Elden Ring akan menerima “hadiah istimewa” daripada Bandai Namco

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Let Me Solo Her, pemain legenda Elden Ring akan menerima “hadiah istimewa” daripada Bandai Namco

Let Me Solo Her, pemain legenda Elden Ring akan menerima "hadiah istimewa" daripada Bandai Namco

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd