Bilangan gamer perempuan semakin meningkat dan pasaran game juga semakin berkembang. Walaupun game ini masih belum dilancarkan, sudah lapan juta gamer perempuan telah terpesona dengan Life Makeover.

Life Makeover merupakan game dressing dan life simulator tanpa had yang dibangunkan oleh Archosaur Games. Ianya akan melancarkan ujian global yang pertama di Asia Tenggara dan menyediakan ganjaran eksklusif terhad untuk pemain. Buat masa sekarang, pembangun telah membuka pra-daftar untuk Life Makeover untuk pemain Android sahaja.
Archosaur Games telah melancarkan video promosi untuk Life Makeover yang telah menarik perhatian orang ramai. Kalau korang belum tengok, boleh tengok video promosinya di bawah:
Kualiti Grafik Seakan Game Konsol

Seperti yang kita lihat dalam video promosi, mereka menunjukkan banyak pakaian daripada fabrik yang nipis dengan mutiara hingga ke Hanfu klasik . Kualiti pakaian yang ditunjukkan sama seperti dunia sebenar. Mereka juga menunjukkan tekstur pakaian yang boleh bertindak balas dengan pencahayaan yang berbeza.
Fabrik Yang Realistik
Dengan menggunakan Multiple UV Channel dan Detail Texture, game ini dapat menawarkan pakaian yang beresolusi tinggi dan membuatkan fabrik sangat terperinci dan realistik. Korang boleh nampak corak yang rumit dengan sangat jelas di dalam game nanti.

Selain daripada sulaman dan tekstur yang halus, terdapat pakaian gebu yang jarang dilihat di tempat lain. Korang boleh merasakan perbezaan tekstur daripada pakaian mohair.
Model Yang Mempunyai Kulit Semula Jadi

Selain daripada pakaian yang cantik, Life Makeover juga memfokuskan kepada model. Dengan menggunakan Screen Space Subsurface Scattering, ia memberikan tekstur kulit semula jadi pada model. Ia juga dilengkapi dengan rambut yang realistik dan bersinar tanpa mengira warna dan gaya. Pemain juga boleh mewarnakan rambut model untuk menyesuaikannya dengan gaya yang ingin ditonjolkan.
Life Makeover adalah game dressing dan life simulator tanpa had yang menggunakan teknologi Unreal Engine 4 untuk gamer perempuan. Dengan kehebatan teknologi yang digunakan, pemain dapat menggunakan pakaian dan fabrik DIY untuk menghasilkan pelbagai gaya fesyen.

Saya ingin mengingatkan korang bahawa Life Makeover akan tersedia untuk Android sahaja. Jadi, kalau korang berminat untuk main game ini, korang boleh pra-daftar di Play Store sekarang.

@gamersantaimy
Discussion about this post