Rasanya memang sudah lama kita semua nantikan trailer untuk adaptasi anime, siri manga popular, Chainsaw Man. Kalau ada yang terlepas kapal, siri anime tersebut telah pun melepaskan trailer 90 saat yang juga mendedahkan staf yang terlibat dalam penghasilan anime Chainsaw Man. Untuk pengetahuan anda, anime ini akan ditayangkan pada hujung tahun ini, tetapi masih tiada tarikh rasmi mengenainya. Jadi, kita tunggu sahaja pengumuman daripada MAPPA nanti. Anda boleh tonton trailer Chainsaw Man di bawah.
Sejak diterbitkan pada 2018, manga Chainsaw Man telah menjadi popular di seluruh dunia dan merupakan karya paling popular oleh Fujimoto, dengan lebih 12 juta salinan dalam edaran. Sebelum Chainsaw Man diterbitkan, Fujimoto amat terkenal dengan siri Fire Punch. Baru-baru ini juga, mangaka tersebut telah melepaskan satu manga one-shot bertajuk Goodbye, Eri. Anda boleh baca manga tersebut melalui MangaPlus.

Berikut adalah sinopsis rasmi untuk Chainsaw Man:
“Kisah ini menceritakan tentang seorang pemuda bernama Denji. Dia merupakan seorang budak miskin yang dipaksa oleh yakuza untuk membunuh iblis bagi melunaskan hutangnya. Namun, setelah misi terakhir, dia dianggap tidak berguna lagi dan dibunuh oleh iblis yang bekerja untuk yakuza.
Tetapi kehidupan Denji bakal berubah ketika dia dihidupkan semula oleh anjing gergaji peliharaannya, Pochita! Diperhatikan oleh pemburu iblis lain yang tiba di tempat kejadian, Denji ditawarkan untuk bekerja di Public Safety Bureau sebagai salah seorang dari mereka. Sekarang dia tinggal di bandar sebagai Devil Hunter rasmi. Walaupun akan menghadapi musuh yang lebih sukar, Denji tidak akan berhenti untuk mencapai impian remajanya!”

Bukan setakat itu sahaja, anda juga boleh nantikan bahagian kedua untuk siri manga Chainsaw Man. Ia juga dijadualkan untuk keluar pada tahun ini. Apapun, mesti ramai yang tidak sabar untuk melihat siri anime yang diadaptasi oleh MAPPA ini. Jika dilihat pada trailer anime Chainsaw Man itu, segala aksi yang akan dipamerkan nanti nampak sungguh hebat. Memang terbaiklah!
Kalau anda ingin dapatkan berita lain mengenai anime, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post