Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PlayStation dan Nintendo mengemas kini perkhimatan langganan game mereka!

Maira by Maira
April 14, 2022
in Artikel, Berita
0 0
0
PlayStation dan Nintendo mengemas kini perkhimatan langganan game mereka!
Share on FacebookShare on Twitter

PlayStation dan Nintendo sedang mengubah pilihan pembaharuan automatik untuk perkhidmatan langganan mereka. Ini berikutan penyiasatan oleh Competition and Markets Authority terhadap perkara itu dan ditambah lagi dengan langganan terbaru daripada PlayStation Plus yang akan digabungkan dengan PlayStation Now.

PlayStation Plus pada asalnya bermula sebagai langganan yang menawarkan game percuma dan untuk bermain dalam talian. Langganan ini berterusan daripada zaman PS3 sehinggalah konsol terbaru mereka PS5. PlayStation turut menawarkan PlayStation Now, yang menawarkan game yang boleh dimuat turun dan distrim. Model ini hampir sama seperti Xbox Game Pass oleh Microsoft. Pada Jun akan datang, model PS Plus ini akan dinaik taraf dengan menawarkan sehingga 700+ game yang boleh dimuat turun. Tetapi jumlah game itu akan ditawarkan mengikut tier langganan yang dibeli pengguna.

Apabila Nintendo Switch pula dilancarkan, Nintendo Switch Online turut ditawarkan sebagai langganan untuk game dalam talian berserta tawaran lain seperti DLC percuma, game klasik NES, Super NES dan N64.

Disebabkan cara langganan telah menjadi sesuatu yang biasa dalam media, Competition and Markets Authority UK telah melancarkan penyiasatan ke atas amalan pembaharuan automatik untuk perkhidmatan tersebut dan menawarkan panduan menyatakan bahawa pelanggan “perlu dapat membuat pilihan sepernuhnya tentang pembayaran automatik.” Pelanggan juga perlu diingatkan tentang pembaharuan automatik dalam masa yang sesuai sebelum ia berlaku.

Berikutan itu, Sony telah bersetuju untuk melaksanakan langkah baru untuk pelanggan PS Plus, termasuklah menghubungi pelanggan untuk mengingatkan mereka cara membatalkan langganan. Syarikat itu juga akan berhenti mengambil pembayaran daripada pengguna yang tidak membatalkan langganan mereka walaupun mereka tidak menggunakannya secara aktif.

Nintendo telah mengumumkan bahawa Nintendo Switch Online tidak lagi akan dijual dengan set pembaharuan automatik sebagai pilihan “default”, memberikan pilihan kepada pemain untuk mengaktifkannya selepas mendaftar.

Dengan adanya pendekatan baru mengenai sistem langganan seperti ini, ia semestinya pendekatan yang mesra pelanggan untuk mereka mengendalikan pembayaran. Malah ia sangat membantu pelanggan yang mendaftar untuk langganan tahunan. Jadi, anda tidak perlu risau jika wang anda tiba-tiba dipotong untuk langganan game oleh PlayStation dan Nintendo, kerana mereka akan mengingatkan anda mengenainya.

Sumber: Screenrant, GamesIndustry

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Previous Post

Trailer terbaru filem One Piece: Red mendedahkan anak Shank

Next Post

PlayStation “Ramadan Deals” bermula 17 April 2022, game hebat pada harga diskaun

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
PlayStation “Ramadan Deals” bermula 17 April 2022, game hebat pada harga diskaun

PlayStation "Ramadan Deals" bermula 17 April 2022, game hebat pada harga diskaun

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd