Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Trek to Yomi akan keluar pada 5 Mei 2022, gameplay dipamerkan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 6, 2022
in Uncategorized
0 0
0
Trek to Yomi akan keluar pada 5 Mei 2022, gameplay dipamerkan
Share on FacebookShare on Twitter

Trek to Yomi diumumkan semasa acara E3 pada tahun lalu dan merupakan game samurai bergaya yang diilhamkan oleh filem klasik Jepun. Masuk ke tahun 2022, Devolver Digital dan developer Flying Wild Hog akhirnya datang dengan gameplay dan maklumat baru yang mengesahkan bahawa game tersebut akan dikeluarkan pada 5 Mei 2022 untuk semua platform utama.

Treler ‘extended gameplay’ telah dikeluarkan semalam dan menunjukkan 15 minit pertama dalam game, termasuk adegan dari treler lama serta gambaran ringkas tentang gameplay. Dalam treler itu, kita boleh melihat seorang samurai muda bernama Hiroki sedang melawan musuh demi musuh ketika menuju ke halaman kampungnya yang musnah. Di penghujung video, tajuknya secara rasmi mengesahkan bahawa Trek to Yomi akan dikeluarkan pada 5 Mei.

Walaupun game itu digambarkan sebagai minimalis kerana tiada UI yang jelas – ini adalah cara untuk mengekalkan estetika Trek to Yomi yang dibuat berdasarkan filem klasik Jepun. Walaupun UI sangat minimum, kadangkala beberapa “pop-up” akan muncul untuk menunjukkan sistem kombo dalam game. Korang boleh anggap ini sebagai tutorial mudah di mana game akan menunjukkan pergerakan kombo seperti “Stunning Combination” yang memberi kesan visual lebih hebat dan memberi penerangan tentang abiliti-abiliti lain.

Tema Jepun dalam game sudah menjadi konsep yang ‘normal’ tetapi ramai mengaku bahawa estetika Trek to Yomi mempunyai daya tarikan visual tersendiri. Bersama keunikan ini, studio akan berusaha untuk mengukir identiti yang unik bagi game itu walaupun ia berada dalam genre yang penuh judul berprofil tinggi. Antaranya adalah Ghost of Tsushima oleh Sucker Punch dan Sekiro: Shadows Die Twice oleh FromSoftware – kedua-dua game samurai ini telah memberi impak yang besar dalam industri sejak beberapa tahun kebelakangan.

Adakah visual hitam-putih Trek to Yomi dapat membantunya menonjolkan diri daripada game-game samurai lain? Kita akan lihat nanti apabila ia dikeluarkan secara rasmi. Trek to Yomi akan dikeluarkan pada 5 Mei untuk PC, PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series X/S.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Previous Post

Game baru TOMB RAIDER akan dibangunkan pada Unreal Engine 5!

Next Post

Crunchyroll Dubs menawarkan anime percuma setiap minggu di Youtube!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Boruto jadi viral kerana muka menangis terlalu buruk, peminat pun tak puas hati
Uncategorized

Boruto jadi viral kerana muka menangis terlalu buruk, peminat pun tak puas hati

April 28, 2022
Echoes of Mana kini tersedia untuk pradaftar di Android & iOS
Uncategorized

Echoes of Mana kini tersedia untuk pradaftar di Android & iOS

March 18, 2022
WrestleQuest – Apabila game wrestling bertemu RPG
Artikel

WrestleQuest – Apabila game wrestling bertemu RPG

March 17, 2022
Next Post
Crunchyroll Dubs menawarkan anime percuma setiap minggu di Youtube!

Crunchyroll Dubs menawarkan anime percuma setiap minggu di Youtube!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd