Nintendo umumkan mereka ada penambahan baru untuk siri Labo iaitu Labo VR Kit. Labo VR Kit diperbuat daripada kadbod yang akan memberi pengalaman virtual reality yang mudah dan gembira kepada pengguna Nintendo Switch. Nintendo Labo: VR Kit ialah pengalaman pertama VR yang sangat unik dan boleh didapati pada April 12 tahun ini untuk Switch.

Set baru Labo VR Toy-Con akan datang dalam pakej yang pelbagai. Harga full set ialah $79.99 dan mengandungi enam Toy-Con projek: satu set VR goggle, senapang ala-ala rocket launcher, kamera, burung, wind pedal, dan seekor gajah. Screen holder penambahan dan safety cap disertakan sekali.
Kepada mereka yang tidak berminat dengan full set aksesori VR Labo, Nintendo akan mengeluarkan Starter Kit mengandungi hardware VR dan blaster Toy-Con pada harga $39.99. Untuk melengkapi Starter Kit ini, Nintendo juga akan mengeluarkan dua expansion pack ($19.99 untuk satu), salah satu akan mengandungi gajah dan camera manakala yang lagi satu akan mengandungi wind pedal dan burung.

Pemilik Labo yang ingin eksperimen dengan ciptaan VR mereka boleh menggunakan Toy-Con Garage software suite. Selain daripada alat basic programming, Nintendo tidak mengatakan bagaimana Toy-Con Garage akan berfungsi dengan Nintendo Labo: VR Kita.

Walaupun Labo VR Kit dengan jelas tidak boleh meniru kehebatan headset VR lain yang berada untuk PC dan konsol, ia merupakan cara yang bagus untuk menerokai dunia digital tanpa membayar harga yang mahal. Labo merupakan sebuah siri eksperimental untuk Nintendo buat masa ini tetapi sangat menarik untuk melihat segala kepelbagaian yang mereka boleh sediakan untuk kami.
Sumber – The Verge
@gamersantaimy
Discussion about this post