Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Diablo IV mempunyai lebih 150 dungeon, wilayah & lokasi untuk pemain teroka

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 30, 2022
in Artikel, Battle.net, Berita, MMO, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
Diablo IV mempunyai lebih 150 dungeon, wilayah & lokasi untuk pemain teroka
Share on FacebookShare on Twitter

Blizzard Entertainment telah mendedahkan update pertama untuk tahun 2022 bagi pembangunan Diablo IV, di mana mereka membincangkan tentang setiap dungeon, wilayah, dan lokasi berbeza dalam game itu serta bagaimana semuanya bersatu untuk membentuk “seni persekitaran yang mengasyikkan”.

Buat pertama kali dalam siri, Diablo IV  menampilkan sistem open world yang dibahagikan kepada lima zon untuk diterokai. Dari ‘Dry Steppes’ hingga ke Scosglen Coast, setiap kawasan telah dibuat dengan teliti oleh pasukan seni dan reka bentuk Diablo. Pelbagai objek yang boleh berinteraksi juga berada di sekitar dunia kerana pasukan Blizzard ingin mencipta persekitaran yang realistik dan berubah-ubah.

Berikut adalah pandangan yang lebih mendalam bagi beberapa kawasan dalam Diablo IV:

Scosglen Coast
Orbei Monastery (sebahagian daripada Dry Steppes)
Kyovashad Night (sebahagian daripada Fractured Peaks)

Selain itu, Diablo IV akan menampilkan lebih daripada 150 Dungeon untuk diterokai. Menurut pengarah seni persekitaran Brian Fletcher, dia terpaksa mengubah beberapa bahagian semasa mencipta seni alam sekitar supaya dapat menghasilkan jumlah dungeon yang banyak bagi game tersebut.

“Dungeon masih merupakan content rawak yang anda tahu dan suka daripada judul lama Diablo,” kata Fletcher. “Bagaimanapun, kami menambah beberapa ciri yang baru dan menarik untuk membuat lebih banyak dungeon di seluruh dunia Sanctuary. Supaya dapat menyokong lebih 150+ dungeon, kami terpaksa mengubah cara membuat seni alam sekitar supaya ia cukup fleksibel untuk digunakan di pelbagai lokasi dan bukan hanya dalam satu dungeon.”

Forgotten Places
Wretched Caves
Flooded Depths

Itu sahaja yang diumumkan dalam update terbaru. Jika berminat untuk baca dengan lebih terperinci, sila layari blogpost di SINI. Buat masa ini, Diablo IV sedang dibangunkan untuk platform PlayStation 4, Xbox One dan PC. Kemungkinan besar, lebih banyak platform akan ditambah pada masa akan datang.

Untuk segala liputan kami tentang francais Diablo, sila tekan pautan ini.

Tags: Diablo IVDungeon
Previous Post

Sekuel The Legend of Zelda: Breath of the Wild ditangguhkan ke 2023!

Next Post

NVIDIA GeForce RTX 3090 Ti, GPU terpantas di dunia telah dilancarkan bermula pada RM 8427!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu KAZUMA KANEKO’S TSUKUYOMI – Naik Taraf Yang Seronok, Tetapi Tercalar AI
Review

Reviu KAZUMA KANEKO’S TSUKUYOMI – Naik Taraf Yang Seronok, Tetapi Tercalar AI

Borderlands 4 Akan Terima Dua DLC Besar Pada Tahun Ini Bermula Dengan Bounty Pack 4
DLC

Borderlands 4 Akan Terima Dua DLC Besar Pada Tahun Ini Bermula Dengan Bounty Pack 4

July 24, 2026
Anime Baru “Mobile Suit Gundam RG XARX-ZERO” Akan Tiba 2027
Anime

Anime Baru “Mobile Suit Gundam RG XARX-ZERO” Akan Tiba 2027

July 24, 2026
Next Post
NVIDIA GeForce RTX 3090 Ti, GPU terpantas di dunia telah dilancarkan bermula pada RM 8427!

NVIDIA GeForce RTX 3090 Ti, GPU terpantas di dunia telah dilancarkan bermula pada RM 8427!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd