Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Update] PlayStation Plus serba baru akan keluar 23 Mei 2022 di Asia, tawarkan lebih 400+ game!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 29, 2022 - Updated on April 23, 2022
in Artikel, Berita, PS Plus, PS4, PS5
0 0
0
[Update] PlayStation Plus serba baru akan keluar 23 Mei 2022 di Asia, tawarkan lebih 400+ game!
Share on FacebookShare on Twitter

Berita gempar buat semua pengguna PlayStation hari ini kerana Sony telah membuat beberapa perubahan besar pada langganan PlayStation Plus. Bermula 23 Mei 2022, Sony akan menggabungkan kedua-dua servis PlayStation Plus dan PlayStation Now kepada satu langganan PlayStation Plus serba baharu yang menyediakan lebih banyak pilihan kepada pelanggan melalui tiga pakej langganan berbeza.

Apabila langganan PlayStation Plus serba baru dilancarkan pada Mei 2022, PlayStation Now tidak lagi akan tersedia sebagai perkhidmatan kendiri, tetapi memandangkan PS Now tidak ditawarkan di Malaysia, ia akan digantikan oleh tawaran berbeza. Berikut ialah maklumat bagi tiga pakej PlayStation Plus yang ditawarkan:

PlayStation Plus Essential

Faedah:

  • Memiliki faedah sama seperti ahli PlayStation Plus biasa termasuk:
  • 2 game yang boleh dimuat turun setiap bulan
  • Diskaun eksklusif
  • Cloud storage untuk ‘save game’
  • Akses kepada online multiplayer
    • Tiada perubahan untuk ahli PlayStation Plus pada peringkat ini.

Harga: Bulanan – RM29 / Suku Tahunan – RM69 / Tahunan – RM159

PlayStation Plus Extra

Faedah:

  • Menyediakan semua faedah daripada peringkat Essential
  • Menambahkan katalog sehingga 400 game PS4 dan PS5 – termasuk hits blockbuster oleh PlayStation Studios dan studio pihak ketiga. Game dalam peringkat ‘Extra’ boleh dimuat turun untuk main.

Harga: Bulanan – RM44 / Suku Tahunan – RM114 / Tahunan – RM269

PlayStation Plus Deluxe

Faedah:

  • Menyediakan semua faedah daripada peringkat Essential dan Extra
  • Mempunyai katalog game klasik daripada generasi PlayStation, PS2 dan PSP untuk dimuat turun dan dimainkan

Harga: Bulanan – RM50 / Suku Tahunan – RM130 / Tahunan – RM309

Pada hari pertama pelancaran, Sony merancang untuk sentiasa mengemas kini tawaran game percuma yang buat masa ini termasuk Death Stranding, God of War (2018), Marvel’s Spider-Man, Marvel’s Spider-Man: Miles Morales, Mortal Kombat 11, dan Returnal. Selain itu, Sony juga merancang untuk meluaskan lagi servis ‘cloud streaming’ ke seluruh dunia. Saya tidak tahu jika Malaysia ada dalam rancangan mereka, tetapi kita harapkan yang baik-baik sahaja. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi mereka di SINI.

Adakah korang suka dengan servis PlayStation Plus baru? Pakej mana yang korang nak beli? Jom kongsi pendapat bersama saya di ruang komen!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: langgananPlayStation plusPS4ps5
Previous Post

Anime Gundam: The Witch from Mercury menampilkan protagonis wanita pertama dalam francais

Next Post

Sekuel The Legend of Zelda: Breath of the Wild ditangguhkan ke 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Sekuel The Legend of Zelda: Breath of the Wild ditangguhkan ke 2023!

Sekuel The Legend of Zelda: Breath of the Wild ditangguhkan ke 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd