Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game The Witcher baru kini dalam pembangunan dengan Unreal Engine 5!

Maira by Maira
March 22, 2022
in Artikel, Berita, Game, Open World
0 0
0
Game The Witcher baru kini dalam pembangunan dengan Unreal Engine 5!
Share on FacebookShare on Twitter

Melalui akaun Twitter game The Witcher, nampaknya francais tersebut akan mendapat game terbaru daripada CD Projekt Red dan ianya sedang dalam pembangunan. Bukan setakat itu sahaja, game Witcher yang sebelum ini menggunakan REDendgine akan menggunakan Unreal Engine 5 untuk entri terbaru ini, sebagai sebahagian daripada perkongsian strategik dengan Epic Games. CDPR juga mengatakan bahawa ia akan bekerjasama rapat dengan pembangun Epic Games untuk membantu menyesuaikan enjin untuk game open-world.

https://t.co/XtbfqscMWr pic.twitter.com/eK6ZIbfLRa

— The Witcher (@witchergame) March 21, 2022

Buat masa ini, CDPR tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai game terbaru The Witcher ini. Tajuknya juga masih belum didedahkan, apapun kita kena tunggu maklumat lanjut daripada pasukan pembangun. Memandangkan game ini mempunyai kerjasama dengan Epic Games, ramai peminat yang menjangka ianya akan menjadi game eksklusif Epic tetapi sebenarnya tidak. The Witcher baru ini tidak akan menjadi game eksklusif untuk satu platform sahaja.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Epic Games Tim Sweeney, kerjasama dengan CDPR akan “menolak had penceritaan interaktif dan gameplay” sambil turut memberi manfaat kepada komuniti pembangun untuk tahun-tahun akan datang.

We are not planning on making the game exclusive to one storefront.

— The Witcher (@witchergame) March 21, 2022

Game terakhir yang dikeluarkan daripada francais ini ialah pada tahun 2015 iaitu The Witcher 3: The Wild Hunt, yang mendapat banyak sambutan daripada ramai pemain dan pengkritik. Game itu telah terjual lebih daripada 28 juta salinan, malah ia juga mendapat kandungan tambahan yang diterima baik selepas pelancaran. Selain itu, ia juga menjadi salah satu siri popular di Netflix yang dibintangi oleh Henry Cavill sebagai Geralt of Rivia. Kalau anda ingin tahu, siri Netflix itu sebenarnya bukanlah adaptasi daripada novel, tetapi ianya berdasarkan novel original francais.

Berita ini sudah tentu membuatkan ramai peminat tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai game terbaru ini. Agaknya, apakah penambahan atau penambahbaikan yang tersedia dalam The Witcher baru ini? Harap-harap kita tidak perlu menunggu lama untuk mengetahuinya. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai francais, sila klik pautan ini.

Sumber: The Witcher

Tags: CD Projekt RedThe WitcherUnreal Engine
Previous Post

Review Ghostwire: Tokyo – Selamatkan bandar dari Yokai

Next Post

Haven Studios secara rasmi menjadi ahli terbaru PlayStation Studios!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Haven Studios secara rasmi menjadi ahli terbaru PlayStation Studios!

Haven Studios secara rasmi menjadi ahli terbaru PlayStation Studios!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd