Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gran Turismo 7 kena review bom oleh pemain di Metacritic!

Maira by Maira
March 21, 2022 - Updated on March 30, 2022
in Artikel, Berita, Game, Konsol, PS4, PS5
0 0
0
Gran Turismo 7 kena review bom oleh pemain di Metacritic!
Share on FacebookShare on Twitter

Nampaknya ramai pemain tidak menyukai transaksi mikro dalam Gran Turismo 7 sehingga ramai antara mereka review bom game itu di Metacritic. Game simulator perlumbaan dari PlayStation Studios kini menjadi game yang mendapat skor paling rendah dalam banyak-banyak game yang telah dikeluarkan studio itu. Walaupun begitu, Gran Turismo 7 masih lagi game yang mempunyai rating tertinggi dalam francais tersebut.

Gran Turismo 7 review

Antara sebab mengapa game ini kena review bom daripada peminat dan pemain adalah, keputusan pembangun yang mengurangkan “payout” daripada perlumbaan, menjadikan pemain lebih susah untuk membuka kereta baru tanpa berbelanjakan wang pada mikrotransaksi. Bukan setakat itu sahaja, Gran Turismo 7 juga berada di luar talian lebih daripada 24 jam pada 17 hingga 18 Mac lalu. Ini membuatkan banyak kandungan game yang memerlukan sambungan internet tidak boleh dimainkan. Keadaan ini sememangnya membuatkan ramai pemain begitu marah dan perkara ini terjadi.

Gran Turismo 7 review

Ada juga pemain yang membuat analisis bahawa masa bermain untuk mendapatkan credit jauh lebih lama berbanding entri terdahulu. Kira-kira 20 jam diperlukan jika anda ingin membuka kereta paling mahal dalam game tersebut. Ditambah lagi dengan harga mikrotransaksi yang berlipat ganda daripada GT Sport, ramai juga yang memperlekehkan game ini dengan memanggilnya “the real credit card simulator”.

pic.twitter.com/MH9oztFM70

— Deoxide Ch. (@notdeoxide) March 17, 2022

Mengenai masalah ini juga, Kazunori Yamauchi, bos kepada siri ini, mengatakan bahawa situasi ini akan diselesaikan dengan kandungan akan datang yang masih belum mempunyai tarikh pelepasan.

“Dalam GT7 saya ingin pengguna menikmati banyak kereta dan perlumbaan walaupun tanpa transaksi mikro,”

“Pada masa yang sama, penetapan harga kereta adalah elemen penting yang menyampaikan nilai dan rarity, jadi saya fikir ia penting untuk dikaitkan dengan harga dunia sebenar.”

Kazunori Yamauchi via VGC

Agak sayang apabila melihat game ini kena review bom memandangkan ramai pemain yang menyukai mekaniknya. Jika, Polyphony Digital mengubah kembali kadar payout dan mengurangkan masa grind untuk mendapatkan kredit, ia mungkin dapat meredakan kemarahan pemain. Lebih-lebih lagi jumlah yang diperlukan untuk mendapatkan kereta itu memerlukan kredit yang sangat banyak.

Apa pendapat anda mengenai transaksi mikro yang mahal pada game? Adakah ianya berbaloi memandangkan anda sudah membelinya pada harga yang mahal? Boleh kongsikan kepada kami di ruang komen. Anda boleh membaca review kami mengenai Gran Turismo 7 dan liputan lain mengenainya di sini.

Sumber: VGC

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Gran Turismo 7Review bom
Previous Post

Razer berjaya menyelamatkan 1 juta pokok hasil kempen #GoGreenWithRazer

Next Post

Filem Dragon Ball Super: Super Hero ditunda berikutan insiden “godam” Toei Animation

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Filem Dragon Ball Super: Super Hero ditunda berikutan insiden “godam” Toei Animation

Filem Dragon Ball Super: Super Hero ditunda berikutan insiden "godam" Toei Animation

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd