Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Quarry – Game seram terbaru daripada pembangun Until Dawn!

Maira by Maira
March 18, 2022
in Artikel, Berita, Game, Konsol, PC, PS4, PS5, Seram, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
The Quarry – Game seram terbaru daripada pembangun Until Dawn!
Share on FacebookShare on Twitter

2K and Supermassive Games telah mengumumkan The Quarry, game naratif seram remaja yang serba baru di mana setiap pilihan anda, tidak kiralah besar atau kecil, akan membentuk cerita anda dan menentukan siapa yang hidup untuk menceritakan kisah itu nanti. The Quarry akan dilancarkan pada 10 Jun 2022 dan akan tersedia di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One dan Windows PC melalui Steam. Anda sudah boleh melakukan pra-pesan bermula hari ini.

Game ini menampilkan barisan pelakon ikonik dan selebriti Hollywood, termasuklah David Arquette (francais “Scream”), Ariel Winter (“Modern Family”), Justice Smith (“Jurassic World”), Brenda Song (“Dollface”), Lance Henriksen ( “Aliens”), Lin Shaye (“A Nightmare on Elm Street”), dan banyak lagi.

Tentang The Quarry

Ketika matahari terbenam pada hari terakhir perkhemahan musim panas, kaunselor remaja Hackett’s Quarry mengadakan parti untuk meraikannya. Tiada kanak-kanak. Tiada orang dewasa. Tiada peraturan.

Tetapi keadaan dengan pantas menjadi buruk.

Diburu oleh penduduk tempatan yang berlumuran darah dan sesuatu yang jauh lebih jahat, rancangan parti remaja itu menjadi malam ngeri yang tidak dapat diramalkan. Rasa mesra dan godaan memberi jalan kepada keputusan hidup atau mati, apabila hubungan dibina dan putus di bawah tekanan yang tidak dapat dibayangkan.

Bermain sebagai setiap sembilan kaunselor kem dalam kisah sinematik yang mendebarkan, di mana setiap pilihan membentuk cerita unik anda daripada rangkaian pilihan. Mana-mana watak boleh menjadi bintang – atau mati sebelum hari siang tiba. Bagaimanakah kisah anda akan terungkap?

Ciri-ciri utama The Quarry termasuklah:

  • KISAH ANDA, TAKDIR MEREKA
    • Adakah anda berani untuk memeriksa apa yang ada di sebalik pintu perangkap itu? Adakah anda akan menyiasat jeritan yang bergema dari dalam hutan? Adakah anda akan menyelamatkan rakan anda atau berputus asa untuk menyelamatkan nyawa anda? Setiap pilihan, besar atau kecil, membentuk cerita anda dan menentukan siapa yang hidup untuk menceritakan kisah itu;
  • PENGALAMAN SINEMATIK MEMUKAU
    • Teknik tangkapan muka dan pencahayaan filem yang canggih, digabungkan dengan persembahan luar biasa daripada barisan pelakon Hollywood yang ikonik, menghidupkan kengerian Hackett’s Quarry dalam debaran sinematik yang hebat;
  • NIKMATI KESERAMAN BERSAMA KAWAN
    • Letakkan kepercayaan anda kepada sehingga tujuh rakan dalam game secara dalam talian, tempat pemain yang dijemput untuk menonton bersama dan mengundi keputusan penting, mencipta cerita yang dibentuk oleh seluruh kumpulan! Atau, bermain bersama di mana setiap pemain memilih kaunselor dan mengawal tindakan mereka;
  • SESUAIKAN PENGALAMAN ANDA SENDIRI
    • Kesukaran boleh laras untuk semua elemen gameplay membolehkan pemain dari mana-mana tahap kemahiran menikmati kisah seram. Dan jika anda lebih suka menonton daripada bermain, Mod Filem membolehkan anda menikmati The Quarry sebagai filem thriller sinematik yang layak untuk parti. Pilih cara anda mahu cerita itu terungkap sambil memakan popcorn di antara semua jeritan!

Anda boleh lawati laman rasmi game untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game seram, sila klik pautan ini.

Tags: 2kgame seramSupermassive GamesThe Quarry
Previous Post

Siri baru ‘Netflix Resident Evil’ akan keluar pada 14 Julai 2022

Next Post

Dragon Ball Xenoverse 2 Lite akan dibuang pada 23 Mac di PS4

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

NARUTO CARD GAME – Cara-Cara Untuk Main & Mekanik Utama; Pandangan Pertama Pada Rekaan Kad
Trading Card Game

NARUTO CARD GAME – Cara-Cara Untuk Main & Mekanik Utama; Pandangan Pertama Pada Rekaan Kad

July 30, 2026
RPG Soulslike ‘WUCHANG: Fallen Feathers’ Rasmi Menerima Sekuel
Berita

RPG Soulslike ‘WUCHANG: Fallen Feathers’ Rasmi Menerima Sekuel

July 30, 2026
Stupid Never Dies – RPG Aksi Oleh Veteran Capcom Akan Dilancarkan Oktober 2026 di PS5 & PC
Berita

Stupid Never Dies – RPG Aksi Oleh Veteran Capcom Akan Dilancarkan Oktober 2026 di PS5 & PC

July 30, 2026
Next Post
Dragon Ball Xenoverse 2 Lite akan dibuang pada 23 Mac di PS4

Dragon Ball Xenoverse 2 Lite akan dibuang pada 23 Mac di PS4

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd