Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Free-to-play FPS Gundam Evolution akan keluar tahun 2022

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 10, 2022
in Anime, Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, Shooter, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Free-to-play FPS Gundam Evolution akan keluar tahun 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Bandai Namco Online mengumumkan bahawa Gundam Evolution akan tersedia untuk PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Steam apabila ia dilancarkan pada 2022.

Disahkan free-to-play, Gundam Evolution merupakan game online first-person shooter di mana pemain akan mengawal Mobile Suit daripada francais popular Gundam dan bersaing dengan pemain lain secara online dalam pertempuran 6v6 berdasarkan objektif. Menurut info yang didedahkan, Gundam Evolution akan mempunyai tiga game mode utama termasuk: Domination, Point Capture dan Destruction.

Menampilkan aksi ‘fast-paced’ dan kawalan imersif, kita boleh memandu pelbagai Mobile Suit dari seluruh Gundam multiverse. Setiap satu daripada unit ini pula menampilkan abiliti, serangan, fungsi dan tahap HP yang berbeza. Pilih Unit kegemaran yang sepadan dengan gaya permainan korang dan bekerjasama dengan rakan sepasukan untuk mendapatkan kemenangan.

Tarikh keluaran masih belum diumumkan, tetapi ia akan dilancarkan pada tahun ini. Sebelum pelancaran rasmi, “Network Test” akan disediakan di Amerika Syarikat dan Jepun pada musim bunga 2022 dari 7-12 April khas untuk pemain PC.

Sebagai game berunsur free-to-play, Gundam Evolution kemungkinan besar akan mempunyai modul mikrotransaksi di mana pemain boleh membeli mata wang dalam permainan menggunakan wang sebenar supaya dapat memperolehi skin dan senjata kuat bagi Gundam mereka.

Berikut adalah spesifikasi PC yang diperlukan untuk bermain Gundam Evolution:

KategoriGundam Evolution keperluan spesifikasi PC
OSWindows 10 (64-bit)
CPUIntel Core i5-3570 3.40GHz
Memori8GB
Kad GrafikNVIDIA GeForce GTX 1050 (2GB)
HDD/SSD ruang kosong100GB
Sambungan InternetBroadband Internet Connection
Browser environmentMicrosoft Edge Latest, Google Chrome Latest, Mozilla Firefox Latest
KategoriGundam Evolution cadangan spesifikasi PC
OSWindows 10 (64-bit)
CPUIntel Core i7-4790 3.60GHz
Memori16GB
Kad GrafikNVIDIA GeForce GTX 1660Ti (6GB)
HDD/SSD ruang kosong100GB
Sambungan InternetBroadband Internet Connection
Browser environmentMicrosoft Edge Latest, Google Chrome Latest, Mozilla Firefox Latest

Sekali lagi saya ingatkan, Gundam Evolution akan tersedia untuk PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Steam dan bakal dilancarkan pada 2022.

Sumber: Gematsu

Tags: animeFPSgundamGundam Evolution
Previous Post

Honkai: Star Rail menjemput beta tester untuk menyertai Galaxy Explorer Program!

Next Post

Jojo’s Bizarre Adventure: All Star Battle R akan dilancarkan ke platform utama tahun ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat
Berita

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat

June 6, 2026
Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2
Berita

Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2

June 6, 2026
Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik
Berita

Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik

June 6, 2026
Next Post
Jojo’s Bizarre Adventure: All Star Battle R akan dilancarkan ke platform utama tahun ini!

Jojo's Bizarre Adventure: All Star Battle R akan dilancarkan ke platform utama tahun ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd