Pada 5 Mac yang lalu, kami berpeluang untuk menonton filem Jujutsu Kaisen 0 di TGV. Jadi, kali ini, kami ingin memberikan review mengenai filem ini memandangkan ia mendapat sambutan hangat di Jepun. Untuk pengetahuan anda, Jujutsu Kaisen 0 merupakan prekuel untuk siri anime tersebut. Jangan risau tentang spoiler, sebab review kami ini bebas spoiler. Tanpa membuang masa, inilah review kami mengenai filem adaptasi untuk manga oleh Akutami Gege ini.
Animasi
Seperti yang anda semua tahu, filem ini dihasilkan oleh studio MAPPA, yang juga menghasilkan siri anime ini. Pendek cerita, animasi yang dihasilkan sangat hebat lebih-lebih lagi pada babak pertarungan. Setiap gerakan yang dilakukan watak nampak sangat lancar dan sangat memuaskan apabila ditonton. Bukan setakat itu sahaja, aksi kamera dalam JJK0 ini juga sangat dinamik membuatkan aksi pertarungan nampak lebih epik. Terdapat juga beberapa urutan animasi yang menunjukkan aksi kebolehan watak, ianya sangat seronok apabila ditonton.

Antara aspek yang terbaik animasi tersebut ialah ekspresi wajah oleh watak-watak. Terdapat beberapa babak yang menunjukkan “close up” dan boleh nampak emosi yang pada watak tersebut. Jadi, kalau anda minat Gojo Satoru, anda akan dapat lihat mata menawannya dengan banyak dalam filem ini.

Tetapi ada satu benda yang agak kurang, aksi pertarungan dalam siri anime lebih hebat berbanding filem ini. Ia bukanlah ketara kerana animasi dan koreografi JJK0 memang hebat. Untuk sebuah filem sepatutnya ia mempunyai bajet yang lebih tinggi berbanding siri anime. Contoh seperti Demon Slayer Mugen Train, di mana anda boleh lihat perbezaan kualiti antara siri dan filem.

Penulisan dan pacing cerita
Untuk plot Jujutsu Kaisen 0, ia agak straightforward, seperti siri shounen yang lain. Tetapi berbeza dengan siri anime JJK yang mempunyai 24 episod, filem ini mempunyai banyak benda yang perlu diadaptasi tetapi dengan masa tayangan yang kurang. JJK0 mempunyai banyak kandungan cerita dan juga flashback yang dipadatkan dalam 105 minit. Jadi, banyak perkara yang berlaku di luar skrin.
Terdapat banyak pertarungan yang berlaku di luar skrin, dan ini membuatkan kita tertanya-tanya bagaimana ianya berakhir begitu. Alang-alang dah tunjukkan pertarungan itu, lebih baik ia ditunjuk daripada skip begitu sahaja. Sebenarnya, ada banyak lagi aksi yang dipendekkan, dan lebih banyak monolog dan dialog mengenainya. JJK0 juga mempunyai begitu banyak pertarungan pendek yang berlaku, jadi kebanyakkannya ditunjuk dalam beberapa minit yang membuatkan filem ini seperti terburu-buru memandangkan ia ingin menunjukkan pertarungan hebat yang sedang berlaku.

Terdapat juga beberapa watak JJK yang memainkan peranan penting pada klimaks filem ini. Tetapi kebanyakkan daripada mereka tidak mempunyai babak lawan, ada juga yang tidak muncul lagi selepas diperkenalkan. Ia seperti membazir masa sahaja memperkenalkan watak-watak ini, jika mereka tidak muncul lagi selepas itu.
Anda juga tahu bahawa JJK0 sudah tentu bertumpu pada protagonis, Okkotsu Yuta, rakan sekelasnya dan juga antagonis. Tetapi dalam banyak-banyak watak itu, hanya Gojo dan Rika sahaja yang nampak relevan pada penceritaan. Walaupun penceritaannya agak laju, tetapi terdapat detik-detik yang membuatkan anda tersentuh hati dan ketawa.

Pada pendapat kami, jika filem ini dibuat kepada dua bahagian, ia mungkin lebih bagus untuk jalan penceritaannya. Malah, banyak lagi perkara penting yang boleh ditunjukkan sebab dalam JJK0 ada perkara penting yang diceritakan oleh watak. Contohnya, “sebenarnya, perkara X dan Y berlaku sebelum perkara ini.” Kami rasa babak penting itu baik ditunjukkan daripada hanya diceritakan oleh watak.
Muzik dan audio
Jujutsu Kaisen 0 mempunyai muzik dan audio yang sangat bagus. Senang cerita, ianya sepadan dengan aksi dan babak yang ditunjukkan dalam filem. Terdapat beberapa babak yang disampaikan dengan baik berkat muzik filem ini. Inilah antara sebab untuk anda menontonnya di pawagam, kerana sistem bunyi di pawagam sudah tentu menarik anda masuk ke dalam filem.
Pelakon suara untuk Yuta dan Rika (Kana Hanazawa dan Megumi Obata) sememangnya hebat. Persembahan mereka sangat baik dan menunjukkan kawalan vokal yang terbaik. Lebih-lebih Kana Hanazawa, yang berlakon seperti kanak-kanak yang baik, boleh bertukar menjadi raksasa yandere yang menakutkan.

Kesimpulan
Sebagai peminat Jujutsu Kaisen. sudah tentu saya mempunyai jangkaan yang tinggi lebih-lebih lagi sambutannya di Jepun sangat hebat. Animasinya serta persembahan pelakon suara memang mantap tetapi saya agak kecewa pada rentak filemnya yang agak terburu-buru. Saya teringin nak tengok babak pertarungan hebat yang sama seperti anime tetapi disebabkan ia hanya 105 minit, terlampau banyak babak yang perlu dipendekkan. Walaupun begitu, visual filem ini sangat konsisten dan saya pasti ramai yang akan menyukainya apabila ditayangkan secara umum pada 10 Mac nanti.
Jadi, untuk filem Jujutsu Kaisen 0, saya memberikan rating 7/10. Kalau anda memang peminat tegar, mungkin memberi rating lebih tinggi untuk filem ini. Kalau anda ingin membaca review lain daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
The Review
Jujutsu Kaisen 0
PROS
- Animasi serta koreografi yang mantap
- Muzik, audio dan persembahan hebat pelakon suara
CONS
- Pacing cerita agak terburu-buru
- Terdapat watak sampingan yang tidak relevan pada penceritaan
- Babak pertarungan yang pendek
Discussion about this post