Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

RPG popular Nier Automata dapat adaptasi anime oleh Aniplex

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 24, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
RPG popular Nier Automata dapat adaptasi anime oleh Aniplex
Share on FacebookShare on Twitter

Aniplex secara rasmi mengumumkan adaptasi anime Nier Automata, game action-RPG popular pada 2017 yang dibuat oleh Square Enix, Platinum Games dan pengarah Yoko Taro.

Aniplex, yang dimiliki oleh Sony, mendedahkan adaptasi anime Nier Automata dengan teaser trailer yang menunjukkan protagonis permainan, 2B. Maklumat tambahan tentang anime ini, seperti pelakon dan tarikh tayangan perdana, masih belum diumumkan. Teaser itu didedahkan semasa siaran langsung yang meraikan ulang tahun ke-5 Nier Automata.

Berikut adalah sinopsis:

Nier Automata berlangsung pada masa depan yang jauh, di mana manusia dihalau dari Bumi oleh warga mesin yang dibina oleh makhluk asing. Harapan terakhir umat manusia adalah “YorHA,” sekumpulan pahlawan android yang dihantar ke Bumi untuk membunuh semua mesin dan menuntut hak semula bagi planet ini. Game pertama memfokuskan pada tiga watak iaitu, 2B, 9S dan A2, di mana mereka mempersoalkan moral di sebalik misi dan kewujudan mereka.

Game pertama Automata diterbitkan oleh Square Enix dan dihasilkan oleh Platinum Games, serta diarahkan oleh Yoko Taro, yang sebelum ini menerajui siri Drakengard dan Nier. Walaupun game Nier pertama tidak berjaya dari segi jualan, ia memperoleh sambutan yang besar oleh para peminat setia lalu mendorong Square Enix untuk melancarkan sekuel pada 2017.

Sekuel ini pula dilancarkan untuk PC dan PS4, tetapi kemudiannya diadaptasikan ke Xbox One. Automata menerima sambutan yang lebih positif berbanding pendahulunya, di mana ramai yang memuji jalan ceritanya yang penuh emosi, soundtrack yang kena dengan tema dan gameplay yang lebih digilap. Sekuel ini berjaya menjual lebih dari 6 juta salinan setakat 2021.

Kejayaan Automata juga mengubah Nier menjadi salah satu francais paling menguntungkan bagi Square Enix. Sebuah remaster untuk game pertama, bertajuk Nier Replicant ver.1.22474487139…, telah dikeluarkan pada tahun 2021 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC manakala sebuah spin-off bernama Nier Reincarnation dikeluarkan untuk platform mobile pada tahun yang sama.

Sumber – YouTube, Twitter

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeAniplexnier automata
Previous Post

Download EDENS ZERO: Pocket Galaxy sekarang di Android & iOS

Next Post

Digimon Survive bertukar developer, masih tiada tarikh pelancaran

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Digimon Survive bertukar developer, masih tiada tarikh pelancaran

Digimon Survive bertukar developer, masih tiada tarikh pelancaran

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd