Konami Digital Entertainment Limited hari ini mengumumkan bahawa EDENS ZERO: Pocket Galaxy kini tersedia untuk download melalui peranti Android dan iOS.
Jatuh di bawah genre action-RPG, EDENS ZERO: Pocket Galaxy merupakan adaptasi setia kepada siri sama yang dicipta oleh Hiro Mashima. Bersama grafik yang hebat dan jalan cerita mengikut anime/manga, Pocket Galaxy akan membawa pemain kepada dunia EDENS ZERO sambil menawarkan jalan cerita original. Mungkin kita juga akan melihat beberapa adegan yang tidak wujud di dalam manga atau anime
Dalam dunia ini, kuasa bernama Ether mengalir dalam badan para individu dan digunakan sebagai abiliti istimewa melalui Ether Gear. Di sini, korang dapat menggunakan kuasa “Satan Gravity” milik Shiki, bergerak dengan laju menggunakan “Cat Leaper” milik Rebecca dan “Machina Maker” milik Weisz untuk mengawal pertarungan.
Selain itu, binalah “build” idaman dengan menyelesaikan misi untuk dapatkan abiliti dan peralatan baru. Kesukaran misi akan berubah secara mendadak bergantung pada kombinasi abiliti dan peralatan yang kita pakai. Akhir sekali, korang dapat berjuang melalui cerita untuk menaik taraf peralatan sambil menguji kekuatan di Arena dengan menentang pemain lain dari seluruh dunia. Sertai fantasi angkasa epik ini dan peroleh lebih dari 100 kostum unik, termasuk yang dilukis oleh Hiro Mashima sendiri!
Sekali lagi saya ingatkan; EDENS ZERO Pocket Galaxy tersedia secara percuma untuk download di App Store® untuk iPad®, iPhone® dan iPod touch®, serta Google Play™ untuk peranti Android™.
Untuk berita terkini tentang EDENS ZERO Pocket Galaxy, jangan lupa untuk jenguk halaman FB rasmi mereka di SINI. Untuk segala liputan kami tentang Edens Zero, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post