Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Todak sah menjadi wakil Malaysia di Sukan SEA Vietnam bagi kategori MLBB

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 24, 2022
in Artikel, Berita, Esports, Tempatan
0 0
0
Todak sah menjadi wakil Malaysia di Sukan SEA Vietnam bagi kategori MLBB
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas mengalahkan RSG Malaysia, Todak sah akan menjadi wakil Malaysia di Sukan Sea Vietnam bagi kategori Mobile Legend Bang Bang.

https://www.youtube.com/watch?v=LAlsiy6G48Q

Selepas mewakili negara kita di MLBB M3 World Championship, Todak meneruskan usaha esport di kejohanan kelayakan Sukan SEA di mana mereka berhadapan dengan RSG MY di pusingan Grand Final. Menggunakan format ‘best of five’, Todak berjaya mengalahkan RSG dengan jumlah 3-1.

Berikut adalah pernyataan rasmi dari pihak Todak:

KITA JUARA!

Dengan kemenangan keatas RSG MY ini, Todak akan secara rasminya mewakili Malaysia dalam MLBB di 31st SEA Games Vietnam!Ini merupakan detik yang bersejarah bagi seluruh pasukan ini, sekaligus menaikkan nama Todak di persada dunia.

Jutaan terima kasih harus diucapkan kepada kesemua peminat-peminat kami, kerana disebabkan sokongan anda, kami mampu untuk mencapai kejayaan ini.

Semoga kita dapat berjumpa di Vietnam nanti, dan jangan lupa, TODAK LANGGAR!

Sumber – Facebook

Tahniah kami ucapkan kepada pasukan Todak dan selamat maju jaya dalam kejohanan akan datang!

Setelah sukses Sukan SEA 2019 Filipina, Sukan SEA ke-31 akan kembali mempertandingkan esports dalam 8 kategori berbeza dengan Vietnam sebagai tuan rumah. Untuk bahagian mobile game, League of Legends: Wild Rift, Arena of Valor, Mobile Legends: Bang Bang, Free Fire, dan PUBG Mobile telah dipilih.

PUBG Mobile mempunyai kejohanan berbeza untuk pasukan dan individu, manakala League of Legends: Wild Rift adalah satu-satunya game dengan kejohanan untuk pasukan lelaki dan pasukan wanita.

Selain itu, hanya 3 game PC sahaja yang akan dipertandingkan pada Sukan SEA tahun ini iaitu League of Legends, Crossfire, dan FIFA Online 4. Masih dalam proses pemilihan, MESF (Malaysia Esports Federation) mensasarkan 4 pingat dengan kedudukan kedua teratas dalam kategori E-Sukan.

Untuk segala liputan kami tentang esports, sila tekan pautan ini.

Tags: MalaysiaMLBBsukan seaTodak
Previous Post

Game PS Plus percuma untuk Mac 2022 diumumkan, termasuk Sonic Racing & Ghost of Tsushima Legends

Next Post

Gamers Hideout & Playcoin Asia melancarkan ‘LEETGuild’ – guild gaming berasaskan blockchain

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Gamers Hideout & Playcoin Asia melancarkan ‘LEETGuild’ – guild gaming berasaskan blockchain

Gamers Hideout & Playcoin Asia melancarkan 'LEETGuild' - guild gaming berasaskan blockchain

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd