Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Musim kedua anime ‘Classroom of the Elite’ rasmi dalam pembikinan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 22, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Musim kedua anime ‘Classroom of the Elite’ rasmi dalam pembikinan
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas hampir 5 tahun mendiamkan diri, anime “psychological thriller” Classroom of the Elite rasmi akan akan kembali untuk musim kedua.

“Kepada semua peminat Classroom of the Elite dari seluruh dunia. Terima kasih atas kesabaran anda. Sekuel anime TV ‘Classroom of the Elite’ sedang dalam pembikinan!”

Suzu Sakuragaoka selaku wakil promosi mengumumkan di Twitter.

✨📺TVアニメ続編決定📺✨

2017年に放送した
TVアニメの続編制作が決定です‼
応援いただいた皆様、ありがとうございます‼

トモセシュンサク先生の描き下ろしの
ビジュアルを公開。
3/6にアニメプロジェクト発表会の
配信も決定です🌟

詳細はコチラ↓https://t.co/gmvQWO8zPW#you_zitsu#よう実 pic.twitter.com/rWHbiESj6o

— 『ようこそ実力至上主義の教室へ』公式@2年生編12.5&ガイド本発売中!4期制作決定! (@youkosozitsu) February 21, 2022

Dia juga mengesahkan bahawa lebih banyak maklumat tentang Musim 2 akan didedahkan dalam acara siaran langsung khas di YouTube anime KADOKAWA pada 6 Mac. Digelar “Anime Project Presentation,” livestream itu akan menampilkan Shoya Chiba (Tribe Nine) dan Yurika Kubo (Love Live!), yang masing-masing meminjam suara kepada watak utama Kiyotaka Ayanokoji dan Kikyou Kushida.

Tweet itu juga menampilkan poster visual baru oleh Shunsaku Tomose, ilustrator bagi Classroom of the Elite versi novel ringan. Selain daripada Kiyotaka dan Kikyou, poster ini juga menampilkan watak lain termasuk Kakeru Ryuuen, antagonis utama bagi siri ini.

Ditulis oleh Shogo Kinugasa, berikut adalah sinopsis tentang Classroom of the Elite:

Pada masa hadapan yang jauh, kerajaan Jepun telah menubuhkan Tokyo Metropolitan Advanced Nuturing School yang berdedikasi untuk mendidik dan memupuk generasi muda bagi menyokong negara di masa akan datang.

Cerita ini mengisahkan tentang Kiyotaka Ayanokōji, seorang lelaki pendiam dan bersifat sederhana yang tidak begitu pandai berkawan dan lebih suka mengasingkan diri, tetapi mempunyai kebijaksanaan yang tiada tandingan. Dia merupakan pelajar kelas D, di mana pihak sekolah akan membuang pelajar yang pencapaiannya terlalu rendah.

Selepas bertemu dengan Suzune Horikita dan Kikyō Kushida, dua pelajar perempuan dalam kelas yang sama, situasi Kiyotaka mula berubah sehingga dia terlibat dalam banyak peristiwa “pelik”. Maka, musnahlah harapan dia untuk kehidupan sekolah yang normal.

Siri novel ringan Classroom of the Elite diterbitkan oleh MF Bunko J Media Factory pada 2015 dan sejak itu melonjak dalam populariti dengan lebih enam juta salinan dalam edaran buat masa ini. Adaptasi anime berdasarkan tiga jilid pertama telah dihasilkan oleh studio Lerche dan mula disiarkan dari 12 Julai hingga 27 September 2017, dengan jumlah keseluruhan 12 episod.

Seiji Kishi (Assassination Classroom, Danganronpa 3) dan Hiroyuki Hashimoto (Code Geass) berkhidmat sebagai pengarah untuk musim pertama, tetapi saya tidak pasti jika mereka akan kembali untuk Musim 2. Lebih banyak info (termasuk tarikh tayangan?) pasti akan diumumkan semasa acara siaran langsung. Buat masa ini, kita hanya mampu menunggu.

Untuk segala liputan kami tentang anime, sila tekan pautan ini.

Source: Twitter

Tags: animeClassroom of the EliteSeason 2
Previous Post

Logo Street Fighter 6 hanyalah “stok fotografi” – Capcom kena kecam

Next Post

Gotenks akan muncul dalam Dragon Ball Super: Super Hero

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Gotenks akan muncul dalam Dragon Ball Super: Super Hero

Gotenks akan muncul dalam Dragon Ball Super: Super Hero

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd