Sementara menunggu musim kedua untuk Tokyo Revengers, mesti ramai peminat siri ini tidak sabar menunggu untuk sambungan daripada anime. Sudah tentu ramai juga yang sudah membaca manga Tokyo Revengers sebelum ianya diadaptasi kepada anime. Tetapi bab terbaru manga telah membuatkan ramai peminat Tokyo Revengers berpecah-belah kerana tidak menyukai hala tuju penceritaan siri tersebut. Mari kami ceritakan lebih lanjut mengenainya.

AMARAN! Terdapat spoiler manga bab #241 Tokyo Revengers!
Seperti yang anda semua tahu, manga Tokyo Revengers sudah memasuki arc terakhir. Bab terbaru minggu ini telah mendedahkan masa lampau Senju, di mana dia telah berkawan baik dengan Mikey dan Baji semasa kecil. Dari sinilah punca perbalahan antara Senju dan Mikey didedahkan. Walaupun banyak spekulasi mengenainya dikeluarkan oleh peminat, ternyata kesemuanya salah. Sebab utama pergaduhan antara kedua-dua watak ini adalah kerana sebuah permainan kapal terbang.

Bab terbaru ini, bermula dengan Shinichiro dan Takeomi berbual dan muncul Mikey yang bermain dengan kapal terbangnya. Haruchiyo dan Baji ingin bermain dengan mainan itu juga tetapi Miket tidak membenarkannya. Selepas itu, pembaca didedahkan bagaimana Haru sering dimarahi akibat perbuatan Senju. Selepas itu, Senju pergi ke rumah Mikey dan tetapi gagal menjumpainya. Dia yang ternampak permainan kapal terbang milik Mikey, telah mengambil dan bermain dengannya.
Malang sekali dia telah tersadung dan permainan tersebut telah rosak. Apabila ditanya oleh Mikey, Senju telah menuduh Haruchiyo yang merosakkan mainan tersebut. Nampaknya Mikey terus membelasah Haru sangat teruk sehingga mulutnya terkoyak dan dipenuhi darah. Kini, kita sudah tahu mengapa Haru mempunyai parut pada mulutnya.

Setelah menamatkan kisahnya, Senju telah meminta maaf kepada Takemichi kerana penipuan yang dilakukannya menjadi penyebab kepada masalah yang dihadapi. Seperti biasa, protagonis sudah tentu akan menyokong rakannya, jadi Takemichi mengajak Senju untuk mengubah Kanto Manji Gang.
Di sinilah bermulanya kekecewaan daripada ramai peminat. Ada yang meninggalkan komen bahawa “Tokyo Revengers akan gunakan nakama power seperti Fairy tail”. Ada juga yang terus berkata mereka akan berhenti membacanya malah mengatakan siri ini antara manga gen baru yang teruk.
Kepada peminat Tokyo Revengers, apa pendapat anda mengenai bab terbaru ini? Adakah anda kecewa dengannya? Boleh kongsikan di ruang komen! Untuk mengikuti liputan lain mengenai manga, sila klik pautan ini.
Sumber: comicbook
@gamersantaimy
Discussion about this post